Umno Dapat Sambutan, Raih 6,000 Ahli Baharu - Najib

KUALA LUMPUR: Penubuhan parti politik serpihan Umno yang diterajui bekas pemimpinnya tidak menggugat sokongan rakyat terhadap parti ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Buktinya, kata Presiden Umno itu, parti tersebut menerima seramai 6,000 keahlian baharu sepanjang Ogos lalu iaitu ketika bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pertama kali menyatakan hasrat menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Saya sebut kerana ada parti dapat 30 ahli (pihak media) keluarkan (laporan) muka depan surat khabar, jadi saya nak beritahu Umno dapat 6,000 keahlian tapi tak keluar muka depan surat khabar.

"Sebagai perbandingan, itulah hakikat bahawa Umno masih mendapat sambutan di kalangan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

Menurut Najib, sepanjang Ogos lalu Pergerakan Pemuda Umno mencatat jumlah pendaftaran keahlian baharu tertinggi iaitu seramai 2,716 orang, diikuti Puteri (2,179) dan ahli biasa (374).

Pada 8 September lalu, Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan permohonan Muhyiddin bagi menubuhkan PPBM yang turut dianggotai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.

Sementara itu, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, kejayaan kumpulan pro-aspirasi pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sedang berlangsung di universiti tempatan turut membuktikan penerimaan golongan muda kepada kerajaan.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa pro-aspirasi menguasai keseluruhan 12 universiti yang telah melaksanakan proses pemilihan setakat ini.

"Ini satu gambaran positif bahawa dasar kerajaan tetap diterima generasi muda asalkan kita diberi peluang untuk menjelaskan dan melakukan engagement  dengan generasi muda," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana