UMNO bantah cadangan mewujudkan kasino di Pulau Pinang

UMNO Pulau Pinang hari ini menyifatkan cadangan Penang Front Party (PFP) untuk mewujudkan sebuah kasino di negeri itu sebagai satu tindakan yang dangkal dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat tempatan.

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya akan menolak sekeras-kerasnya cadangan mana-mana pihak yang ingin mewujudkan kasino di Pulau Pinang.

"Selagi saya menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kepala Batas, saya akan pastikan tiada sebuah pun kasino akan wujud di atas bumi Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cadangan PFP yang berhasrat untuk membina kasino jika berjaya pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Perjudian bukan budaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Pulau Pinang. Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Pulau Pinang yang bukan Islam pun menolak sebarang aktiviti perjudian kerana ia adalah racun yang boleh merosakkan keluarga dan masyarakat.

"Pulau Pinang adalah negeri yang kaya dengan produk pelancongan dan Pulau Pinang tidak memerlukan kasino atau pusat-pusat perjudian untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini,"katanya.

Dalam masa yang sama, Reezal Merican turut menegaskan bahawa UMNO tiada sebarang kaitan dengan PFP walaupun  Ahli Parlimen UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilantik sebagai Penasihat.

"Saya ingin menyatakan dengan terang dan jelas bahawa UMNO tidak ada sebarang kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan PFP. Penglibatan beliau Penasihat PFP adalah atas kapasiti peribadinya sendiri dan tidak mewakili parti UMNO,"ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana