Tun M patut akui dari dulu pembangkang tak boleh bersatu

Tun Dr. Mahathir Mohamad seharusnya mengakui daripada dulu yang pembangkang tidak boleh bergabung melawan UMNO BN.

Ini kerana menurut Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad meskipun Tun Mahathir menggunakan kekuatan beliau sebagai bekas Perdana Menteri bagi menghasut rakyat mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, namun beliau sendiri memunyai masalah dalaman tertentu dengan parti pembangkang khususnya dengan PKR.

Tambah Shahrir lagi oleh sebab itu Tun Mahathir tidak boleh beranggapan yang semua penyokong pembangkang akan menyokong sebaik sahaja beliau mengumumkan keluar daripada parti UMNO.

Mengukuhkan fakta tersebut, ucapan Tun Mahathir di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak langsung memberi kesan kepada rakyat seluruhnya.

“Dari awal kita tahu memang tak boleh bergabung, Mahathir memang anjurkan dari Kuala Kangsar dan Sungai Besar adakan pertandingan 1 lawan satu dan dia bawakan isu yg lebih penting.

“Dia bercakap dari dulu dekat Sunagi besar dan Kuala Kangsar tapi tetapi BN menang juga.

“Saya rasa ia tak boleh capai kata sepakat apada PRU 14 nanti,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Semalam, Tun Mahathir akhirnya mengakui sukar membentuk satu gabungan membabitkan semua parti pembangkang.

Ini kerana jelas beliau tiada perpaduan dan kesepakatan yang mampu diperoleh bagi membentuk kesatuan tersebut.

“Kita tahu ada beberapa parti lawan (pembangkang) tidak bersatu, sebab itu mereka lemah. BN menang sebelum ini kerana mempunyai 14 parti yang bergabung dan saling menyokong setiap kali pilihan raya diadakan,” katanya.

Tambah Tun M yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lagi, parti pembangkang masih lemah kerana tidak bersatu untuk berdepan UMNO BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Manakala Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pula berkata pihaknya akan cuba untuk menarik PAS membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata yang parti Islam itu tidak akan bersekongkol lagi dengan DAP dan parti serpihan PAS, PAN mahupun parti lain yang bergabung dengan mereka.

Kenyataan itu sekaligus menyukarkan PPBM menjadi orang tengah antara PAS dan Pakatan Harapan bagi membentuk pembangkang yang kuat melawan UMNO BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana