Tun M jangan mimpi tak ada pemimpin kerajaan sanggup ikut...Madey Terdesak Tu

Tidak ada menteri mahupun ahli parlimen kerajaan yang sanggup melompat ke parti baharu yang kosong di bawah naungan Tun Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ).

Ini kerana menurut ahli parlimen BN Setiu, Che Mohd Zulkifli Jusoh, parti baharu itu belum tentu mendatangkan sebarang manfaat kepada  mereka yang menyokongnya kerana ia secara merupakan parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi.

“Kita semua termasuk saya takkan lompat parti senang-senang macam tu sahaja, mana ada orang yang nak gadaikan apa yang dah ada sekarang pada parti yang tak ada apa-apa, mudah cerita parti yang kosong?

“Kita semua tahu parti yang ditubuhkan itu adalah parti yang mempunyai kepentingan peribadi, bukan atas perjuangan rakyat,” katanya kepada portal BNBBC.my portal pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PPBM yang dipercayai merancang jalan pintas bagi membolehkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tiga negeri bertukar kepada mereka.

Ini berdasarkan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dengan beberapa Adun keluar UMNO di Perak dan Terengganu atau Johor, pembangkang tidak perlu menunggu PRU 14 untuk menguasai negeri tersebut.

Penasihat PPBM itu berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.

Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, dua kerajaan negeri BN itu akan tumbang.

Namun menurut Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali, beliau berkata pemimpin kerajaan khususnya tidak bodoh menurut sahaja apa yang dikatakan Tun Mahathir itu.

“PPBM pun baru lahir macam bayi tak cukup bulan disuruh pula merancang yang bukan- bukan, ini kerana dengan kejayaan yang telah di tunjukkan kerajaan BN…rakyat dan Adun-Adun tak bodoh untuk lompat sana sini mcm katak kepanasan.

“Ini semua cerita-cerita manis penasihat ni untuk bagi pembgkang syok sendiri, khayalkan pemerintahan negara,tapi sebenarnya bukan semudah itu.

“Pencapaian kerajaan BN bukan calang- calang untuk dipermainkan dan diperkotak katikkan oleh penasihat ini, eloklah bawa berehat setelah lama berjuang dalam UMNO untuk kebaikan negara,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana