Tujuh terperangkap, enam maut, seorang selamat dalam kebakaran hospital di Johor




Tujuh mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah kata pasukan Bomba dan penyelamat.

Enam daripadanya maut manakala seorang lagi selamat.

Sebelum ini, lima mayat disahkan ditemui selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ITU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru setakat ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi bagaimanapun masih belum dapat mendedahkan identiti kesemua mangsa.

"Setakat ini kami dapat mengesahkan lima pesakit maut dalam kebakaran ini. Laporan penuh berhubung kebakaran ini akan menyusul kemudian," katanya.

Pagi di tersebut riuh selepas kumpulan asap tebal muncul di wad kecemasan di tingkat dua bangunan utama hospital tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kesemua pesakit di bangunan berkenaan dibawa keluar oleh jururawat dan kakitangan hospital ke kawasan yang selamat.

Pesakit-pesakit kini ditempatkan di khemah sementara di sekitar hospital berkenaan oleh kakitangan hospital.

Difahamkan, kejadian disedari kakitangan hospital sebelum kerja-kerja pemindahan pesakit dilakukan.

Sehingga pukul 10.20 pagi ini, operasi memadamkan kebakaran masih lagi dijalankan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah memberitahu beliau dimaklumkan bahawa terdapat mangsa akibat kejadian ini, termasuk di kalangan pesakit dan staf; namun status dan maklumat terkini kejadian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

"Pesakit lain adalah sedang dalam proses dihantar ke hospital-hospital lain berdekatan Johor Bahru, terutamanya Hospital Sultan Ismail,"katanya.

Beliau meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini.

"Semoga keadaan ini dapat dikawal daripada merebak dan didoakan agar para pesakit dan warga HSAJB berada dalam keadaan selamat,"katanya dalam satu kenyataan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment