Tren ETS hingga ke Hat Yai...

Jika semua berjalan lancar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang kini setakat ke Padang Besar di Perlis akan dilanjutkan hingga ke bandar Hat Yai di Thailand.

Kerajaan Thailand telah menunjukkan minat untuk melanjutkan landasan ETS ke sana.

Buat masa ini landasan ETS hanya sampai ke Padang Besar dari Kuala Lumpur.

Hal ini diberitahu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan selepas satu majlis di Pulau Pinang Sabtu.

Beliau berkata selaras dengan perkembangan pesat perkhidmatan sistem pengangkutan, kementerian menyokong penuh inisiatif yang diambil oleh kerajaan Thailand.

"Berikutan perbincangan dengan rakan sejawatan kami, kerja-kerja perlanjutan landasan ETS sedia ada dari Padang Besar ke Hat Yai sedang berjalan dan kami sangat optimistik projek ini akan siap menjelang 2020," katanya.

Menurut beliau perlanjutan landasan ETS ini akan memberi faedah kepada kedua-dua negara terutama sekali kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) setelah projek ini siap kelak.

Liow berkata kementeriannya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersetuju untuk menambah 10 lagi tren ETS tahun depan, bagi memenuhi peningkatan penumpang.

"Ketika ini, KTMB mempunyai 38 tren ETS, dan menawarkan perkhidmatan bagi laluan Gemas-Padang Besar dua kali sehari. Setiap tren mempunyai enam gerabak yang boleh memuatkan sehingga 300 penumpang pada satu-satu masa, dan itu pun masih tidak dapat memenuhi permintaan semasa," katanya.

Sebelum itu ketika ditemui wartawan selepas satu majlis di Ipoh Liow memberitahu perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar atau Wifi bagi memudahkan pengguna menyiapkan kerja semasa dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

Katanya pihaknya menyokong penuh cadangan orang ramai supaya ETS dilengkapi kemudahan Wifi sebagai usaha ke arah melaksanakan transformasi dalam sistem pengangkutan negara.

"Setakat ini ramai yang puas hati dengan perkhidmatan ETS, ada setengah stesen moden dan mana yang uzur kita kena perbaiki. Selain memasang Wifi kita juga kena pastikan ia sentiasa bersih," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL