TIMBALAN PENGERUSI EXCO PUTERI UMNO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP WARGA EMAS

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias, 38, sebentar tadi telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sg Buloh terhadap satu kenyataan fitnah yang dibuat oleh seorang warga emas, Zaharin Mohd Yasin.

Menurut Mimie, beliau terbaca di garis masa Facebook, Zaharin telah memuat naik satu gambar dengan kenyataan yang memfitnah dan memalukan rakan-rakannya dan memberikan satu kenyataan balas.

“Saya terkejut bila terbaca ‘posting’ (kenyataan) Zaharin di Facebook miliknya yang membuat kenyataan fitnah dan memalukan terhadap empat individu yang saya kenali dengan baik.

“Saya hanya komen bertanyakan ‘tak makan ubat ke’ sambil nasihat supaya tidak ghairah mencari kesalahan orang lain, tetapi sebagai balasan dia memberikan komen memalukan saya dan mengeluarkan gambar saya dan memfitnah saya sebagai seorang GRO,” jelas Mimie.

Sebagai individu yang memegang jawatan dalam parti dan sebagai seorang wanita dan juga isteri, Mimie menyatakan beliau malu atas tuduhan fitnah tersebut.
“Siapa yang tidak geram.. marah.. bila suka-suka sahaja difitnah sebegitu. Saya ada keluarga, ada suami dan masyarakat juga kenal saya.

“Apa dia rasa jika isteri dia.. anak dia digelar GRO? Dia ada isteri.. anak… tidak malu ke?”

“Bukan saya beri komen yang jelik. Saya tidak panggil pun dia dengan gelaran yang bukan-bukan. Tapi yang dibalasnya hanya dengan tuduhan yang memang sudah pastinya fitnah,” ujar Mimie.

Ketika dihubungi Mimie juga menyatakan bahawa suaminya turut terkejut dan marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaharin.

“Saya dan suami harap pihak polis akan ambil tindakan wajar atas laporan yang saya buat sebentar tadi. Disamping itu, saya dan suami akan berbincang dengan peguam untuk tindakan lanjut selepas ini,” tambah Mimie.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana