Tiada Bersih tiada Baju Merah..Khairy kata cara terbaik tidak benarkan himpunan Bersih

Bersih dan Baju Merah sama-sama bertegas nak adakan himpunan pada 19 November ini.Keadaan ini menimbulkan pelbagai kemungkinan termasuk berlaku pertembungan.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin cara terbaik ialah tidak membenarkan perhimpunan Bersih diadakan.

Beliau berpendapat Jadi bebannya terletak pada Bersih kerana himpunan Baju Merah diadakan kerana adanya himpunan Bersih.


"Perhimpunan Merah itu diadakan sebagai tindak balas dan saya yakin jika tiada Bersih, Merah ini tidak akan adakan demonstrasi mereka. Jadi bebannya terletak pada Bersih. Merah ini nak tunjuk bahawa mereka menentang Bersih...tetapi kalau Bersih tidak buat apa-apa...Merah juga tak buat apa-apa.


Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Program Retreat Pergerakan Pemuda Umno di Tasik Kenyir, di Hulu Terengganu,Sabtu. Program yang melibatkan kesemua pemimpin kanan Pemuda di setiap negeri itu dirasmikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Ditanya mengenai tindakan sekiranya Pemuda menyertai Pasukan Baju Merah, beiau berkata:"Sertai Baju Merah tak apalah melainkan mereka bertindak di luar batas undang-undang...jika secara aman tiada masalah."
"Nasihat saya jangan kita mencetuskan keadaan huru hara di Kuala Lumpur seperti yang pernah berlaku semasa Bersih yang lalu, ada pegawai polis dicederakan...ada kedai-kedai dipecah...saranan saya PDRM tidak membenarkan perhimpunan Bersih itu berlaku.
Sementara itu Khairy memberitahu Pergerakan Pemuda UMNO akan mempergiatkan usaha mendaftarkan lebih 100,000 anggotanya sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Katanya inisiatif tersebut telahpun bermula dan berharap ia bukan sahaja melibatkan anggota pergerakan itu, malah golongan muda lain.
"Kita mahu meningkatkan tahap sokongan golongan muda kepada UMNO dan BN. Kita (Pemuda) akan berbincang beberapa strategi untuk menambah bilangan pengundi berdaftar yang terdiri daripada anggota Pemuda yang masih lagi belum mendaftar.
"Mereka ini (yang belum mendaftar) terdiri daripada anak-anak muda yang ada talian keluarga dengan UMNO," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana