SYED SADDIQ TAKUT TANYA SOALAN KEPADA ARUL KANDA

MEDIA pembangkang tidak akan ‘duduk diam’ sekiranya tidak ada bahan untuk dipropagandakan bagi memburukkan pihak Kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Tidak kira apa ruangan cerita sekali pun, media pembangkang pastinya akan ‘spin’ cerita demi cerita bagi menunjukkan betapa buruknya UMNO Barisan Nasional.

Sebagai contoh, baru-baru ini Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA telah menganjurkan Program Townhall Jelajah Kampus di Universiti Malaya (UM).

Pihak penganjur menampilkan Tun Faisal Ismail Aziz selaku Panel Pemikir JASA dan Arul Kanda Kandaisamy selaku Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB bagi menjawab segala soalan dari mahasiswa, khususnya berkaitan isu 1MDB.

Malangnya, seorang ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq cuba untuk memasuki dewan tempat berlangsungnya program berkenaan. Namun difahamkan dia dihalang oleh pihak keselamatan.

Perkara ini telah memberi ‘modal’ kepadanya untuk mengaitkan dan menghentam kepimpinan Perdana Menteri (walaupun tiada kena mengena).

Kununnya, pihak JASA dan universiti amat takut terhadapnya untuk memberikan dia peluang masuk bertanya soalan dalam program berkenaan. Walhal, program berkenaan adalah sebuah program tertutup khusus untuk mahasiswa UM sahaja.

Namun demikian, selepas berakhirnya program itu, Syed Saddiq telah dibenarkan untuk bertemu dengan Arul Kanda secara bersemuka.

Adakah Syed Saddiq bertanya soalan kepada Arul Kanda? Jawapannya seperti kita duga iaitu tidak sama sekali. Syed Saddiq yang merupakan penyokong totok Dr Mahathir Mohamed tidak pula berani bertanya soalan mengenai isu 1MDB, DOJ atau MO1 kepada Arul Kanda.

Maka, benarkah perjuangan dan sucikah hati Syed Saddiq? Semestinya tidak kerana dia dan juga para pembangkang tidak berniat pun nak mencari jawapan kepada isu-isu tersebut. Mereka hanya mahu mencari salah pihak kerajaan agar mereka dapat memuaskan ‘nafsu serakah’ mereka memburukkan pemerintah. Itu sahaja.

Menurut saksi yang turut berada di tempat kejadian, Syed Saddiq menggunakan masa kira-kira 10 minit untuk dia bercerita mengenai matlamat politik dirinya kepada CEO 1MDB itu.

Manusia yang memiliki hati yang baik. Arul tidak memberi komen lebih melainkan hanya melayan dan mengucapkan “bagus” atas cerita Syed Saddiq berkenaan.

Namun perangai pembangkang ini pastinya ‘spin tetap spin’. Syed Saddiq telah menafsirkan pujian Arul itu dengan berasa sangat berterima kasih dan menjangka bahawa kononnya pada hemat dia, beliau (Arul Kanda) menyokong perjuangan PPBM (atau lebih tepat Syed Saddiq).

Difahamkan juga dari sumber yang sahih, selepas selesai segala program pada malam itu, Syed Saddiq telah membuat satu ‘posting’ di Facebook miliknya yang mencabar untuk berdebat dengan Arul Kanda.

Soalnya, kenapa semasa bersemuka dengan Arul di UM tidak pula Syed Saddiq mengajak untuk berdebat? Pastinya Syed Saddiq tidak akan lakukan kerana dia berasa amat takut dan tahu dia bakal ditertawakan oleh mereka yang ada disekitar berkenaan.

Walau apapun, kita harus sedar bahawa antara Syed Saddiq dan Arul Kanda pastinya mempunyai perbezaan yang amat ketara.

Syed Saddiq hanyalah seorang anak muda yang baru ‘setahun jagung’ berkecimpung dalam dunia politik melalui PPBM. Itupun keahlian dan jawatannya dilantik dan bukan melalui proses pemilihan secara demokrasi.

Keduanya, Arul Kanda bukanlah seorang ahli politik yang bertugas untuk berpolitik pada setiap masa. Beliau adalah ahli perniagaan yang bertanggungjawab untuk membawa sebuah syarikat milikan kerajaan untuk dikembangkan demi kelestarian kehidupan rakyat 10 hingga 20 tahun akan datang.

Sekiranya Arul Kanda asyik bermain rentak politik kebudak-budakan sepertimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang, maka status qou nya pasti akan rosak dan tugasnya pasti akan tersasar dari objektif.

Yang pastinya, Syed Saddiq adalah seorang yang suka membuat propaganda di media sosial, seorang yang penakut dan perasan bahawa dirinya hebat. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana