Sungguh tidak disangka pembangkang amat pandai membuat lawak.

Umum mengetahui Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, yang terpalit dengan kontroversi berhubung isu pembelian bang­lo di Jalan Pinhorn, Georgetown telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30/06/2016 atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Namun, Lim Guan Eng telah mengajak Rakyat untuk turun menyertai BERSIH 5.0. Agak kelakar apabila pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, telah menggunakan nama BERSIH dan mengajak Rakyat untuk membanteras rasuah. Sungguh ironi.

Kebanyakan mereka di dalam gambar di dalam posting ini dipilih menjadi Ahli Dewan Legislatif dan anggota cabang Eksekutif Kerajaan melalui pilihan raya yang dikatakan tidak bersih oleh Maria Chin dan Bersih 2.0. Sekumpulan manusia hipokrit dan munafik.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL