Sultan Johor Tolak Tawaran Jadi Agong

PETALING JAYA: Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara, Jumaat.
Menurut kenyataan di Facebook Johor Southern Tiger, tindakan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dibuat bagi  memberi laluan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
“Ini adalah kerana DYMM Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor,” menurut kenyataan itu.
Mesyuarat khas yang diadakan itu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong yang baharu kerana jawatan yang disandang Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selama lima tahun bakal tamat 12 Disember ini.
Sultan Kedah menempa sejarah apabila dua kali baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana