"SAYA YANG MINTA PAK LAH TURUN" - Din Pagoh

Semasa dalam ceramah Din Pagoh di Puchong pada 19 okt yg lepas, dia dengan bangga dan bongkaknya bercerita kejayaannya di hadapan penyokong DAP dan pembangkang bahawa dialah yang meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dengan menyandang jawatan Naib Presiden Umno dan Menteri Pelajaran sahaja pada masa itu, dia tergamak berkomplot bersama Tun M untuk memaksa pemimpin Melayu turun.

Macam-macam dakwaan dan tuduhan dilemparkan kepada Tun Abdullah dalam ceramahnya. Seolah-olah menampakkan diri Din Pagoh bukan dari keturunan ulamak di Muar. Fitnah dan mengaibkan orang lain dikhalayak ramai sama perangainya seperti pemimpin DAP yang bukan beragama Islam.

Adakah Din Pagoh tidak takut dosa? Jaja sana sini kisah orang dan keburukan orang lain tanpa bukti yang kukuh. Apa yang dikatakannya hanya persepsi dan hanya mahu mengampu serta meminta simpati agar dirinya diangkat sebagai pemimpin yang layak untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Sebab itu Din Pagoh dan Tun M berani melakukan gerakan menjatuhkan Najib pada saat ini. Kononnya kejayaan menjatuhkan Tun Abdullah menjadi inspirasi kepada mereka.

Kalau beginilah perangai Din Pagoh, rakyat tidak akan respect dia pun. Hadirin yang datang nak dengar ceramahnya pun tak ramai. Sambutan ahli baru yang menyertai PPBM pun hambar tak sampai 10k pun.

Walau usaha menjatuhkan Najib berterusan, akan tetapi satu kajian telah dijalankan oleh penganalisis politik dan meramalkan Najib akan kekal memegang jawatan nombor satu itu sehingga PRU14.

Buat masa ini agak sukar bagi mereka untuk menjatuhkan Najib kerana mereka perlu penglibatan semua ahli dan pemimpin Umno serta pemimpin-pemimpin dalam kerajaan supaya terlibat.

Usaha menjatuhkan Najib akan sia-sia kerana hanya Tun M dan sebilangan pemimpin sahaja yang melakukan kerja. Tetapi ianya tidak berlaku begitu dari penyokong kerajaan atau pembangkang di peringkat akar umbi.

Sebenarnya gerakan tersebut masih lemah dan sentimen tidak sukakan pemerintahan Mahathirisme masih menebal.

Adakah kita mahu membiarkan politik yang dibawa oleh Din Pagoh dan Tun M terus diamalkan di Malaysia? Adakah mereka cuba menafikan hak demokrasi yang wujud di Malaysia?

Tepuk dada tanya selera....
Sekiranya anda memilih politik kebencian, anda akan lemah.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment