Saya nak bersara politik... - Khalid Ibrahim

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan beliau akan menyertai PAS atau ada sebarang rancangan politik untuk masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelabuhan Klang,Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur kata beliau hendak bersara selepas pilihanraya umum ke 14 ini.

Ditemui wartawan selepas satu majlis di Cyberjaya Ahad,Khalid menjelaskan kebelakangan ini beliau dilihat hadir di acara PAS cuma kerana ada hubungan rapat dengan rakan-rakan dalam PAS dan bukan untuk masuk parti itu.

“Saya tidak ada bercadang untuk meneruskan perhubungan politik saya selepas PRU14,” katanya.

Khalid kini adalah ADUN dan Ahli Parlimen Bebas setelah meninggalkan PKR tidak lama selepas ' disingkir ' dari jawatan Menteri Besar menerusi Langkah Kajang.

Sementara itu diminta mengulas mengenai himpuan Bersih 5.0 yang hendak diadakan pada 19 November ini,Khalid berkata lebih baik tenaga serta perbelanjaan untuknya digunakan bagi membantu rakyat daif serta miskin yang ketinggalan dari segi pendidikan di kampung-kampung di seluruh negara.

“Lagipun tidak lama lagi, tidak lebih dari dua setengah tahun kita akan menghadapi PRU14. Jadi tak perlulah sibuk perkara tersebut (perhimpunan Bersih) tapi kena tunjuk parti-parti yang berminat untuk memperjuangkan rakyat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana