Sabotaj air: Azmin tak perlu tuduh sesiapa - Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung isu pencemaran air di Selangor sebaliknya perlu segera menyelesaikan masalah yang menjejaskan hampir 1.8 juta pengguna itu, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata hak rakyat untuk mendapat bekalan air bersih perlu diutamakan berbanding isu-isu lain.

"Buat masa ini tidak payahlah bergaduh soal siapa yang buat siapa yang tidak, yang paling penting menentukan pengurusan yang rapi supaya ini tidak berlaku.

"Kedua, yang berlaku apa yang berlaku ini perlu cepat diselesaikan supaya masyarakat dapat air yang bersih," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, pagi ini.

Khalid berkata demikian mengulas dakwaan Azmin sebelum ini bahawa isu pencemaran air di Selangor disebabkan sabotaj oleh pihak tertentu.

"Kalau sibuk tentang tuduhan sabotaj tidak guna, yang penting tumpukan usaha supaya dapat menyelesaikan masalah air," ujar Khalid lagi.

Pencemaran di Sungai Semenyih sebelum ini memaksa Loji Rawatan Air (LRA) ditutup, sekaligus menjejaskan empat daerah terjejas, iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Penutupan LRA itu adalah kali kelima dalam tempoh sebulan selepas sungai itu tercemar disyaki berpunca dari kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.

Minggu lalu, Azmin mendakwa pencemaran air di Sungai Semenyih disebabkan perbuatan sabotaj pihak tertentu untuk menunjukkan kerajaan negeri Selangor tidak cekap dalam menguruskan bekalan air bersih kepada rakyat, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semakin hampir.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah pun membuat laporan polis bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan, ujar Azmin.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Jaafar semalam menafikan unsur sabotaj dalam siasatan awalnya mengenai pencemaran Sungai Semenyih, namun tidak menolak sebarang kemungkinan lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana