Pulak dah…Muhyiddin tak berani beri laluan Annuar Musa berentap pasal 1MDB di Dewan Rakyat

Siapa yang selalu ikuti sidang Dewan rakyat tentu sedia maklum bagaimana Ahli Parlimen pembangkang selalu cukup gatal nak bangun lawan bahas bila rasa tidak puashati semasa Perdana Menteri atau menteri atau Ahli Parlimen BN sedang berbahas.

Selalunya atas semangat demokrasi mereka diberi laluan untuk bangun lawan bahas secara berdepan.

Petang Rabu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia bangun membahaskan Bajet 2017.

Seperti yang dijangka antara yang ditembak oleh Ahli Parlimen Pagoh itu ialah isu IMDB.

Pada waktu itu antara yang ada dalam dewan mendengar hujahnya ialah Ahli Parlimen Ketereh yang juga Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa.

Beliau sejak dulu dikenali bukan calang-calang orang dalam bab berdebat.

Saying sikit…hajatnya untuk lawan bahas berdepan untuk beri hujah beliau pasal isu 1MBD tidak mendapat laluan dari Muhyiddin.

Ikut peraturan Parlimen…Ahli Parlimen lain cuma boleh bangun lawan hujah setelah Ahli Parlimen yang sedang berbahas itu beri laluan.

Kata orang kalau berani sepatutnya peluang diberi kepadanya untuk balas hujah di situ juga.

Semasa bercakap dalam sidang akhbar di lobi parlimen selepas itu Annuar jelas kecewa dan  mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak memberi peluang kepadanya untuk mencelah berhujah meskipun diminta berbuat demikian sebanyak dua kali.

Annuar berkata selaku ahli parlimen berpengalaman Muhyiddin sepatutnya tidak perlu takut untuk menerima celahan setelah membuat serangan dan tuduhan tertentu kepada ahli parlimen lain di barisan kerajaan.

“Beliau sepatutnya mempunyai maruah apabila menyerang sesiapa sahaja beliau kena bersedia pertahankan.

“Seorang Ahli Parlinen yang baik dan bertanggungjawab beliau perlu berani memberi laluan supaya ada perbincangan yang postif dan bukan untuk berteriak tanpa mengikut peraturan.

“MP Pagoh buat ucapan yang antara lain buat tuduhan tertentu, serangan tertentu. Saya bersedia hormat siapa sahaja MP untuk bercakap apa sahaja.

“Saya merasa hairan kenapa Pagoh tidak berani berhadapan dengan saya untuk saya bahaskan perkara yang beliau bangkitkan,” kata Annuar.

Mengulas lanjut mengenai apa yang dibahaskan Muhyiddin, Annuar berkata apa yang disampaikan adalah tidak benar.

Tambahnya, beliau lebih suka jika Muhyiddin mendengar apa yang cuba beliau sampaikan secara berdepan supaya bukti lanjut tentang apa yang beliau lakukan di kabinet dan parti dapat disampaikan.

“Muhyiddin terlepas peluang untuk berdebat di Parlimen untuk membuat pengesahan atas ucapan yang beliau kemukakan, yang mana sebahagian besarnya ucapan yang dibuat selepas dipecat dari parti (UMNO),” katanya.

Annuar mendedahkan waktu dalam kerajaan dulu,Muhyiddin tidak bersuara semasa isu 1MDB dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

“Jelas bercanggah… beliau kata semasa dalam kerajaan beliau ada menegur…(sebaliknya) saya dalam Majlis Tertinggi (UMNO) bersama dengan beliau…kita ada mesyuarat setiap bulan…kita pernah bangkit hal 1MDB…Perdana Menteri dua beri taklimat dalam Majlis Tertinggi  beliau tidak bersuara seperti beliau bersuara sekarang.

‘Bermaka beliau cuba beri gambaran pada Parlimen seolah beliau berjuang berhempas pulas soal 1MDB sedangkan waktu dalam kerajaan beliau membisu seribu bahasa.

“Kemudian beliau guna isu itu untuk serang Perdana Menteri di khalayak ramai yang bertujuan untuk jatuhkan Perdana Menteri bukan beliau berhasrat memperbaiki perkara itu.

“Beliau ambil kesempatan  untuk melemahkan Perdana Menteri dan menjatuhkan Perdana Menteri bagi beliau menduduki tempat itu,”kata Annuar.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment