Presiden Filipina ucap selamat tinggal Amerika di Beijing...

Presiden Rodrigo Duterte berkata, tiba masanya Filipina mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Amerika Syarikat (AS) ketika lawatan ke China pada Rabu, ketika beliau mengatur semula sekutu diplomatik negaranya.

Duterte berada di China untuk lawatan empat hari yang dijangka mengesahkan usahanya menjauhkan diri dari Washington dan condong ke arah pengaruh Beijing.

Ketika ucapan kepada komuniti Filipina di ibu kota China, Duterte berkata, negara itu tidak memperoleh manfaat besar sepanjang bersekutu dengan Amerika.

"Anda berada di negara kami demi faedah diri sendiri. Jadi, kini tiba masanya mengucapkan selamat tinggal. "Saya tidak akan ke Amerika lagi. Saya cuma akan dihina di sana," katanya, sebelum sekali lagi merujuk Presiden Barack Obama sebagai 'anak haram.'

Duterte, yang mengambil alih jawatan lewat Jun lalu, berkata beliau bosan dengan dasar luar Filipina yang ditentukan agenda Barat.

"Bukan keputusan kita yang membuatkan kita jauh daripada China. Saya akan menulis arah baru," katanya.

Dasar luar Duterte berubah arah berbanding bekas Presiden Benigno Aquino yang membawa Beijing ke tribunal antarabangsa berhubung tuntutan wilayah di Laut China Selatan dan menang.

Langkah itu membangkitkan kemarahan Beijing. Namun Duterte, yang mengambil alih jawatan sejurus sebelum keputusan tribunal dikeluarkan, membuat keputusan tidak menonjolkan keputusan itu.

Beliau turut menggantung rondaan bersama Amerika-Filipina di Laut China Selatan, dan mengancam menamatkan latihan bersama tentera.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana