PPBM Parti Orang Kecewa, Baru Melangkah Sudah Mula Mahu Tersungkur - Nawawi

KUALA LUMPUR – Parti orang kecewa, disertai orang-orang yang kecewa sudah pasti akhirnya juga akan kecewa, demikian kesimpulan  Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkenaan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengumumkan keluar dari Parti Pribumi BersatuMalaysia (PBPM) semalam.

Menurut beliau bukanlah sesuatu yang pelik kemelut melanda parti yang belum berusia ‘setahun jagung’ itu kerana parti berkenaan disertai oleh mereka-mereka yang kecewa di dalam perjuangan selain masing-masing mempunyai hasrat serta agenda yang tersimpan rapi di dalam diri masing-masing.

“Tidak mustahil tindakan Khairuddin itu akan turut disertai oleh ahli dan mereka yang lain kerana sesebuah parti yang lahir mestilah mempunyai asas serta perjuangan yang ikhlas dan bukannya ditubuhkan atas sebab kecewa dan sebagainya kerana akhirnya hari ini kita dapat melihat natijahnya.
“Belum pun masuk gelanggang sebenar dalam pilihan raya parti berkenaan telah pun dilanda pelbagai ribut… Mereka kononnya hendak selamatkan Malaysia malangnya parti sendiri pun belum pasti selamat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dilaporkan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, seorang penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Khairuddin menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah untuk membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuh masa untuk menghadapi kes-kes mahkamahnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nawawi seterusnya menegaskan bagaimanakah parti berkenaan mahu menguruskan soal kepentingan dan kebajikan rakyat sedangkan diri sendiri pun belum terurus selain dihimpit masalah kepimpinan sesama mereka.

Katanya hari ini mungkin apa yang berlaku itu adalah peringkat awal dan seterusnya kelak mungkin akan terus bertambah yang akhirnya apa yang diwar-warkan kepada rakyat adalah sekadar umpan politik demi kepentingan mereka semata-mata.

“Awal-awal dah nampak berkecamuk, kelam kelibut.  Inilah terjadi jika sesuatu perjuangan berlandaskan emosi, dendam dan kecewa akhirnya tidak akan ke mana.  Apakah rakyat boleh bergantung harap dengan parti sedemikian rupa?” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana