Plot Jahat Mahasiswa Pro Pembangkang Digagalkan

 Baru-baru ini, panel pemikir JASA dengan kerjasama 1MDB telah mengadakan jelajah kampus dan Universiti Malaya telah dipilih sebagai kampus pertama yang disinggahi oleh JASA dan 1MDB. Tujuannya mudah, untuk mengadakan sesi dialog bersama pelajar supaya mereka lebih memahami duduk sebenar sesuatu perkara yang sebelum ini hangat dibantah oleh Mahasiswa.

Seperti dijangkakan, beberapa orang pro pembangkang akan mencari jalan dan helah untuk meraih populariti segera. Ini termasuklah menyediakan plakad dan cuba menimbulkan provokasi terhadap Arul Kanda yang turut hadir dalam sesi ini.

Mereka yang diketuai oleh Anis Syafiqah selaku ketua gerakan #Tangkap MO1 baru-baru ini telah menimbulkan kekecohan selepas Arul Kanda selesai menjawab 3 soalan yang diajukan oleh Anis Syafiqah. Menurut Tun Faisal yang turut hadir dalam majlis berkenaan, Anis ada menanyakan 3 soalan yang pada perkiraan beliau, ianya hanyalah soalan asas yang telahpun dijawab berulang kali oleh Arul.

Ini menampakkan, Anis sendiri tidak tahu dan tidak faham duduk sebenar apa yang berlaku sebenarnya terhadap 1MDB sehingga dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Melihat kepada kegagalan Anis “menumbangkan” Arul di pentas dialog berkenaan, 4 orang pengikutnya pantas mengangkat plakad yang tertulis ‘1MDB Jangan Spin’, ‘Mahasiswa Mahukan Jawapan’ dan sebagainya.

Ini menampakkan, kelompok mahasiswa pro pembangkang ini tidak berminat untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang isu ini. Boleh dikatakan, mereka hanya ikut ‘arahan’ dan menjadi hamba suruhan daripada mentor mereka dengan tujuan untuk menimbulkan kekecohan.

Bagaimanapun, tindakan 4 orang pelajar berkenaan dapat dihalang selepas didatangi beberapa lelaki yang mengoyakkan sepanduk dari mereka dan mereka turut ditegur oleh hos majlis tersebut, Tun Faisal Ismail Aziz. Dalam ulasannya, beliau menyifatkan pelakuan itu sebagai tidak bertamadun, Tun Faizal berharap ia tidak akan berlaku pada sesi jelajah kampus pada masa depan.

Inilah ajaran politik daripada pembangkang. Tidak mengira apa jua majlis, mereka pasti akan mengganggu dan lebih teruk lagi, mereka langsung tidak menghormati majlis. Cukup menyedihkan jika melihat kelakuan 5 orang pelajar berkenaan yang diketuai oleh Anis Syafiqah, individu yang masih lagi menuntut tetapi rela dirinya dijadikan hamba oleh pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana