Peserta BERSIH Yang Diserang Bukan Anggota Polis, Sebaliknya Penjaga Stor

Pembangkang dan kumpulan BERSIH cuba memburukkan kumpulan Merah dengan menyebarkan gambar-gambar kononnya lelaki yang diserang ketika himpunan di Sabak Bernam tempoh hari adalah anggota polis.

Ini berikutan salah satu gambarnya berpakaian seperti anggota Polis. Sebenarnya lelaki berkenaan hanya memakai separuh sahaja uniform polis seperti digayakannya dalam gambar yang disebar oleh netizen bagi mengambarkan seolah-olah beliau adalah seorang anggota Polis.

Lelaki baju kuning yang viral dalam insiden ditendang dari belakang oleh peserta baju merah di Sabak Bernam baru-baru ini sebenarnya bukanlah seorang anggota Polis. Lelaki berkenaan yang bernama Kusaini bin Kassim berasal dari Parit 12, Kuala Bagan Sungai Terap hanyalah seorang Pekerja Stor JKR.

Dengan tersebarnya gambar-gambar di atas, Kusaini boleh didakwa bawah Seksyen 25, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9 (1) Akta Rahsia Rasmi 1972  dan Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan dan Seksyen 9 (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana