Penganjur Bersih 5.0 Sengaja Tarik Perhatian....Ini Baru Sikit Dah Kurang Ajar

MELAKA: Penganjur perhimpunan Bersih 5.0 sengaja tidak mahu mengikut peraturan seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) kerana mahu menarik perhatian dunia, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata menerusi cara itu penganjur tersebut mahu menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa kononnya anggota penguatkuasa di negara ini menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara dan berhimpun.

"Nasihat saya patuhilah peraturan seperti terkandung dalam APA 2012, kenapa lah susah sangat (patuhi peraturan). Mereka (penganjur) ini suka kalau nanti kita guna FRU (Federal Reserve Unit) bawa water cannon (penyembur air), mereka suka la macam tu.

"Negara kita ini ada undang-undang bukannya negara 'cowboy'...kalau dia (penganjur) masih lagi kekal dengan keputusan melanggar undang-undang maka bersedialah dengan tindakan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Terdahulu beliau merasmikan Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia 2016 yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din dengan kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya Kerajaan Negeri Melaka, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Sambutan itu diadakan setiap tahun sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam yang telah berjaya menterjemahkan idea dan kreativiti dalam menghasilkan inovasi yang dapat memberi impak besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi itu.

Khalid berkata penganjur disarankan agar mengikut saluran yang betul sebelum mengadakan sebarang perhimpunan termasuk membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran bagi lokasi yang dipilih mereka.

"Peruntukan undang-undang memerlukan notis dikemukakan 10 hari sebelum perhimpunan dibuat seterusnya dapatkanlah kebenaran tuan punya tempat, kalau tak bagi banyak lagi tempat lain boleh dibuat selain Kuala Lumpur. Jadi patuhilah peraturan, apa yang payah sangat?," katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas menteri dan anggota Parlimen yang didakwa membocorkan rahsia kerajaan di Parlimen baru-baru ini, beliau meminta semua pihak terutamanya penjawat awam agar berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Mereka kadang-kadang menggunakan Parlimen sebagai alasan boleh cakap (apa sahaja) namun apabila melibatkan rahsia kerajaan maka kita perlu berhati-hati kerana banyak implikasinya apabila rahsia kerajaan didedahkan di mana ia boleh mengancam kesalamatan dan ekonomi negara.

"Saya ingin menasihatkan kakitangan kerajaan sama ada yang masih berkhidmat atau pun yang telah meninggalkan perkhidmatan supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap apa jua kenyataan yang mereka buat kerana sekiranya mereka membocorkan rahsia kerajaan, maka tindakan boleh diambil," katanya.

Semasa mengulas mengenai seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang didakwa melakukan kekasaran terhadap isterinya di Johor yang viral di media sosial baru-baru ini, beliau berkata siasatan polis sedang dijalankan.

"Setakat ini, kita telah menerima tiga laporan yang dibuat terhadapnya selain mendapati bahawa beliau terlibat dengan dadah, kini kita sedang mengesan (anggota itu) untuk ditahan," katanya.

Ditanya tentang persediaan pihak polis dalam memastikan keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia pada Ahad ini, beliau berkata polis mempunyai anggota mencukupi untuk memastikan perlawanan itu berlangsung dengan aman dan sentiasa bersedia menangani apa jua ancaman.

"Kita jangan lah buat perkara yang akan mengganggu orang lain, sama-sama lah sokong psukan masing-masing dengan cara yang betul jangan buat cara tak bertamadun pula," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment