Pembangkang dah kering idea... tak buat Bajet Alternatif 2017

Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2017 dan sudah pasti aspek memperkasakan ekonomi Malaysia akan terus diberikan perhatian demi kesejahteraan seluruh lapisan rak­yat secara inklusif dan saksama.

Dan seperti biasa juga Pakatan Harapan akan mengumumkan bajet alternatifnya dengan tujuan untuk membandingkan kononnya siapa yang lebih layak untuk mengurus tadbir kewangan negara.

Namun malangnya, bajet alternatif yang diumumkan pakatan pembangkang sebelum ini hanya sekadar meniru dan mengambil teori-teori daripada model-model ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak lain.

Bayangkan dalam bajet-bajet alternatif yang dilancarkan sebelum ini pun, negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang tidak menggunapakai cadangan yang dikemukakan malahan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor, tidak menjalankan pemerintahan dengan adil, mengikut konsep kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti (CAT) yang diperjuangkan selama ini.

Apa yang berlaku kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi contoh selepas beliau didakwa dengan tuduhan rasuah di mahkamah, tetapi masih enggan berundur.
Dari situ kita boleh melihat kepada perlanggaran prinsip CAT.

Di Selangor pula misalnya, kerajaan negeri berdepan dengan krisis gangguan bekalan air, isu penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), pengubahan dalam penggunaan tanah Paya Indah Wetlands dan khutbah masjid.

Selain itu bajet bayangan pakatan harapan ini juga tidak dipedulikan oleh rakyat dan disambut dengan hambar.

Boleh disimpulkan bahawa bajet alternatif pembangkang ini hanya bertujuan untuk mencari populariti, bukan mengambil kira tahap keperluan dan kepentingan rakyat sebaliknya lebih kepada usaha untuk menyemai rasa benci kepada kerajaan.

Ia mungkin boleh menarik perhatian rakyat namun asas bajetnya tidak begitu jelas.

Memang nampak mudah untuk pembangkang merancang bajet bayangan ini kerana ia tidak memerlukan wang, hanya merangka dan memasukkan sasaran angka dan jumlah semata-mata.

Pendek kata, ia lebih kepada menampal mana-mana bahagian yang lopong atau menyalin daripada bajet yang lepas-lepas sahaja.

Dan setiap kali mereka melancarkan bajet alternatif ini, pembangkang pastinya akan memasukkan agenda Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun sebenarnya isu tersebut sudah lapuk dan tidak wajar diungkit kembali kerana kerajaan telah memperjelaskannya dengan begitu mendalam sebelum ini.

Dalam belanjawan alternatif 2016 yang diumumkan oleh pakatan harapan tahun lepas, mereka tidak memansuhkan GST sebaliknya mencadangkan kadar sifar GST.

Walaupun pada kadar sifar namun hakikatnya mereka tidak berani memansuhkannya sedangkan sebelum ini mereka yang paling kuat berkokok membantah pelaksanaannya.

Ini kerana mereka sedar GST adalah sistem cukai paling sesuai untuk negara ini namun disebabkan mahu rakyat benci kepada kerajaan, maka mereka menjadikan GST sebagai alasan.

Realitinya pada kadar GST enam peratus iaitu antara kadar yang paling rendah di kalangan negara Asia, kutipannya kelak dapat digunakan untuk pembangunan dan me­ningkatkan infrastruktur sosial.

Bajet pembangkang ini sekadar melepaskan batuk ditangga', kerana mereka tidak bersungguh-sungguh melakukannya, hanya bermatlamat untuk menyaingi kerajaan persekutuan.

Hakikatnya mereka tidak mempunyai pengalaman seperti kerajaan BN kerana banyak perkara lain perlu diberikan perhatian demi rakyat, bukan hanya bersifat komestik semata-mata.

Sebab itulah, tahun ini pembangkang tidak membuat bajet alternatif lagu untuk 2017. Mereka dah kering idea gamaknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana