PECAT SEPARUH PENJAWAT AWAM : TONY PUA MULA RISAU HILANG SOKONGAN

MUNGKIN ramai penjawat awam tidak sedar bahawa nasib periuk nasi mereka seperti “telur di hujung tanduk” sekiranya DAP berjaya menguasai Kerajaan Persekutuan.

Pada 1 November 2011 yang lalu, pemimpin parti berkenaan, Tony Pua pada masa itu dilaporkan pernah berkata jika pembangkang memerintah negara, maka jumlah penjawat awam akan dikurangkan separuh.

Ini akan dilaksanakan melalui projek khas bernama “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam”.

“Pakatan Rakyat (pada masa itu) akan mengambil langkah memastikan kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara mengambil contoh negara China yang mengurangkan kakitangan awam yang berlebihan,” katanya jelas.

Namun selepas kira-kira 6 tahun iaitu pada 2016 ini, barulah Pua mula sedar akan risiko tindakannya mahu mengecilkan jumlah penjawat awam terhadap sokongan kepada Pakatan Harapan.

Maka dengan tidak memikir panjang, Pua telah melakukan “pusingan U” untuk kenyataannya itu dan mula berpendapat jika mengurangkan jumlah penjawat awam, ia mungkin akan mengganggu seluruh perkhidmatan awam dan melumpuhkan operasi kerajaan.

“Katakanlah, jika kita mahu untuk memberhentikan lima peratus kakitangan awam, selebihnya 95 peratus tidak akan bekerjasama dengan kita dan (potongan itu) tidak akan menjadi satu langkah yang realistik.

“Ini sesuatu yang terpaksa kita tanggung,” katanya pada sebuah forum dalam bahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, semalam.

Bagaimanapun, tindakan “pusingan U” yang dilakukan ini adalah selepas Pua melihat bagaimana reaksi para penjawat awam yang sudah mula berasa marah dan tidak selesa dengan kenyataannya pada 6 tahun lalu.

Walhal, baru-baru ini sebuah badan pemikir Kerajaan DAP Pulau Pinang bernama Penang Institute sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan seharusnya perlu mengecilkan saiz penjawat awam menjadi hanya 430 ribu orang sahaja.

BACA : PEMBANGKANG ANGGAP 1.17 JUTA PENJAWAT AWAM TAK BERGUNA?

Menurut badan pemikir Kerajaan DAP Pulau Pinang tersebut, jumlah penjawat awam yang terlalu ramai sekarang ini agak membebankan pihak kerajaan lebih-lebih lagi terpaksa memperuntukkan sejumlah besar peruntukan khusus buat kumpulan ini.

Oleh yang demikian, penulis tidak begitu yakin dengan kenyataan “pusingan U” yang dibuat oleh Pua ini.

Tidak mustahil ia hanya salah satu propaganda dan “gula-gula” terbaru dari pihak pembangkang bagi memancing hati para rakyat menjelang PRU14 akan datang.

Pesan penulis, jangan mudah terpengaruh dan terpesona! –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana