Pasukan Siber PKR Tidak Iktiraf Ratu Naga Ketua Unit Media Sosial Pakatan Harapan

Tiba-tiba di kem pakatan harapan kecoh semalam apabila mendapat tahu bahawa Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah dilantik menjadi Ketua Unit Media Sosial dengan dibantu oleh suaminya dan adiknya yang bekerja di MITI. Rata-rata tidak bersetuju dan enggan menerima keputusan yang dibuat oleh YB Zuraida menurut sumber. (Klik link ini)

Antara alasan yang diberikan oleh penggiat media social blok pakatan harapan ialah Ratu Naga mempunyai rekod yang terlalu buruk ketika di dalam UMNO dan juga ketika membantu Tun M menyediakan tandatangan Deklarasi Rakyat baru-baru ini. Ratu Naga kantoi apabila Cikgu Bard mendedahkan bahawa hampir 300 ribu tandatangan ditiru dan ianya sebuah projek berbayar. Cikgu Bard kemukan bukti dan saksi dan sehingga hari ini Ratu Naga tidak mengemukakan saman sekiranya tidak benar. 'Projek' menipu tandatangan tersebut kantoi apabila wang peruntukan dikatakan disapu bersih oleh Ratu Naga dan hanya keladak sahaja yang diberikan kepada yang membuat kerja bermatian.

Alasan lain, Ratu Naga tiada nama di dalam mana-mana cawangan UMNO dan kalau ada hanyalah terlalu baharu kerana keperluan mendesak untuk kepentingan beliau dan adik beradiknya yang lain.

Tambahan lagi, orang-orang kanan beliau meninggalkannya kerana beliau tidak amanah terutama bila melibatkan wang ringgit.

YB Zuraida perlu perjelaskan atas alasan apa Ratu Naga diberi liputan yang meluas berhubung kemasukan beliau di dalam PKR dan seterusnya menjadi ketua unit media social. Anwar sudah terbukti melakukan jenayah liwat dan kemasukan Ratu Naga untuk bersihkan jenayah tersebut?

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment