PAS sokong kenyataan Harussani, Zairil yang tak patut dilayan

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyokong saranan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bahawa menjadi tanggungjawab semua ahli parlimen Muslim menyokong Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, sokongan tersebut sememangnya tanggungjawab beragama kepada semua ahli parlimen Muslim yang memahami Islam.

Menurutnya, Akta 355 sedia ada tidak memberikan hak yang sebenar kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman kepada tiga kesalahan jenayah iaitu jenayah minum minuman memabukkan, jenayah  menuduh orang Islam berzina tanpa bukti dan jenayah persetubuhan haram.

"Sedangkan ketiga-tiga kesalahan itu hukumannya dalam Islam ialah dirotan dengan rotan kecil yang tidak melukakan kulit apatah lagi isi.

"Adapun sebat yang diamalkan oleh Mahkamah Sivil yang menyakitkan dan melukakan kulit serta isi adalah bercanggah dengan Islam.

"Maka menjadi kewajipan kepada ahli parlimen Islam untuk mengubah dan meminda akta 355 kepada teks sebagaimana dicadangkan oleh ahli parlimen Marang iaitu 'Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman menurut undang-undang Syariah'," katanya dalam satu kenyataan.

Pada ketika ini, mahkamah syariah hanya menetapkan hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan.

Dalam pada itu, Khairuddin turut membidas kenyataan pemimpin DAP, Zairil Khir Johari yang menyifatkan kenyataan Harussani tidak patut dilayan kerana ia 'bukan pandangan muktamad'.

"Pandangan Zairil yang menolak pandangan agama yang dikeluarkan oleh Mufti Perak usah dilayan kerana dia tidak memahami hukum Islam," katanya.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan RUU 355 pada sesi Dewan Rakyat yang akan bermula Isnin ini, bagi mencadangkan agar pindaan dibuat terhadap Akta 355.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana