PAS ibaratkan DAP seperti ular, serik 'dipatuk' tempat sama

KANGAR: PAS tetap dengan pendirian enggan menjalin kembali kerjasama dengan parti-parti pembangkang terutamanya DAP kerana tidak mahu dikecewakan buat kali kedua, demikian menurut Mursyidul Am baru parti itu Hashim Jasin.

Beliau yang baru dilantik menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din minggu lalu berkata, PAS sudah serik selepas banyak kali dipermainkan DAP, sedangkan pergaduhan sesama parti komponen adalah perkara biasa dan tidak perlu sehingga memutuskan hubungan.

"Orang Islam tidak dipatuk oleh ular ditempat yang sama dua kali, (jadi) Islam (kena) ada berhati-hati dan berjaga-jaga. Kamu (DAP) sudah buat kepada kami melebihi daripada had sebenar, kita bukan maksum dan tidak salah. Presiden ada salah tapi apakah kesalahan itu sampai kita putus hubungan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Perlis.

Malah beliau membayangkan peluang pembangkang untuk bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tipis kerana disebabkan DAP.

"Yang dia (DAP) buat dekat kita (PAS) ini lebih daripada sepatutnya. Maka PAS putus arang dengan DAP. Sekarang jelas DAP pun tidak mahu kerjasama dengan Presiden. Habis nak kerjasama dengan siapa? Presiden itu mewakili PAS," katanya lagi.

Ujarnya tindakan DAP yang menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mengakibatkan terputusnya hubungan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti berkenaan tidak boleh diketepikan semata-mata untuk mencapai matlamat politik menawan Putrajaya.

Malah beliau berkata PAS bersedia untuk berdepan pertandingan tiga penjuru bersama BN dan pembangkang yang lain.

"Kalau jadi tiga penjuru (pada PRU14), jadilah. Saya tidak kisah," tegas beliau.

Sebelum ini PAS memutuskan hubungan antara kedua-dua parti itu selepas beberapa kali DAP mengkritik Abdul Hadi secara terang-terangan ekoran matlamat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.

Abdul Hadi sebelum ini berikrar untuk tidak menjalin semula kerjasama dengan bekas rakan sekutunya DAP dan Amanah.

Walaupun mendapat cadangan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tentang strategi satu lawan satu bagi menentang Umno Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, DAP jelas menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS dan bertegas perbezaan tersebut menjadi punca parti itu enggan lagi bekerjasama bersama parti berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana