Pandikar tegur bekas menteri langgar sumpah kerahsiaan...Bukan Mereka INi Tahu...Saja Buat Banggang

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur bekas menteri yang mendedahkan rahsia kerajaan semasa sesi perbahasan di dalam Dewan Rakyat kerana melanggar sumpah kerahsiaan.

Menurut Pandikar, perkara-perkara yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sesi perbahasan lalu merupakan maklumat yang diperoleh ketika berada di dalam kerajaan.

"Tindakan mereka mendedahkan maklumat sulit kepada orang awam telah melanggar sumpah yang telah mereka buat ketika dilantik ke dalam Kabinet.

"Di dalam sumpah lantikan tersebut ada memaklumkan bahawa tidak boleh menzahirkan kepada sesiapa perkara yang diketahui ketika memegang jawatan penting," katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ahli parlimen yang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat beberapa hari lalu menyentuh rahsia kerajaan semasa menjawat sebagai menteri.

Pandikar turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai memusnahkan prinsip dan integriti sebagai ahli parlimen.

"Sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya hanya boleh mengingatkan tindakan itu boleh disiasat di bawah Akta Hasutan dan Peraturan Mesyuarat 3612," katanya.

Sementara itu, Pandikar turut menegur sikap sesetengah ahli parlimen yang bercakap mengenai amalan parlimen-parlimen di negara barat tetapi bertindak sebaliknya.

“Kita selalu kata kita negara demokratik, kita patut ikut bagaimana negara demokratik berjalan.

“Tetapi kita tidak berkelakuan seperti anggota-anggota parlimen yang kita rujuk itu. Sebagai contoh,di dalam Dewan Rakyat British, tiada ahli parlimen yang keluar ketika pembentangan belanjawan, tidak pernah,” tegas Pandikar.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan ketika Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 pada Jumaat lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana