Pakar: Ku Li patut main peranan

KOTA BHARU – Tengku Razaleigh Hamzah perlu lebih berperanan dalam politik Malaysia mahupun Kelantan, bersesuaian dengan pengalaman luas dan kedudukannya sebagai negarawan.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dengan cara ini barulah pelbagai masalah disuarakannya boleh diselesaikan.

“Kenyataan Tengku Razaleigh bahawa sekarang ini banyak pemimpin memikirkan kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat, sudah tidak amanah ataupun sudah tamak, adalah kenyataan yang berani.

“Begitu juga dengan kenyataannya mengenai perpecahan Melayu kepada lima parti politik yang dikatakan akan memberi peluang kepada DAP bermaharajalela dan memudahkan DAP menguasai dan menakluki orang Melayu dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurutnya, Tengku Razaleigh mengakui beliau baik dengan kerajaan mahupun pembangkang dan itu menyebabkan beliau diberikan peranan berunding dengan pemimpin pembangkang waktu BN hendak ditubuhkan dahulu.

“Sepatutnya peranan sama dapat dimainkan oleh beliau pada waktu ini, khususnya bagi menyelesaikan masalah perpecahan Melayu yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini, memandangkan beliau masih dihormati banyak pihak,” katanya.

Begitu juga di peringkat nasional, pendirian tegas Tengku Razaleigh mengenai pelbagai isu semasa termasuk masalah perpecahan Melayu sangat diperlukan, kerana ia boleh membantu mencorakkan hala tuju politik negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana