Orang MAcam Ni Tak Boleh Pakai!!!!! Muhyiddin Penakut Untuk Beri Laluan Berbahas Dengan Annuar Musa?

Nampaknya apabila duduk di blok pembangkang, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada sedikit perasaan takut apabila membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat semalam.

Biasanya ketika di pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) kebiasaanya, beliau akan memberikan laluan kepada Ahli Parlimen dari pembangkang mencelah dan sama-sama berentap tetapi kini beliau enggan memberikan laluan seolah-olah takut tidak dapat menjawab semula wakil rakyat BN.

Muhyiddin ketika ini adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menjadi sebahagian dari kerjasama Pakatan Harapan dan beliau mewakili Parlimen Pagoh.

Ketika berbahas semalam, isu yang menjadi fokus utama hampir keseluruhan ucapan beliau ialah berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketika membuat pelbagai tuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen BN-Ketereh Tan SriAnnuar Musa bangun dan mencelah tetapi tidak dibenarkan oleh Muhyiddin.

Biasanya kalau di pihak BN, Muhyiddin tahu maklumat yang ada padanya adalah maklumat benar, kerana itu beliau berani berdebat tetapi kini beliau sendiri sangsi dengan info yang ada padanya membuatkan beliau takut.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO kemudian mengadakan sidang media di lobi Parlimen menyatakan kekecewaannya serta mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak memberi peluang kepadanya berhujah dan mencelah.

Dua kali beliau meminta laluan dari Muhyiddin.

Muhyiddin Tidak Perlu Takut Kalau Benar

Annuar berkata selaku ahli parlimen berpengalaman Muhyiddin sepatutnya tidak perlu takut untuk menerima celahan setelah membuat serangan dan tuduhan tertentu kepada ahli parlimen lain di barisan kerajaan.

“Beliau sepatutnya mempunyai maruah apabila menyerang sesiapa sahaja beliau kena bersedia pertahankan.

“Seorang Ahli Parlinen yang baik dan bertanggungjawab beliau perlu berani memberi laluan supaya ada perbincangan yang postif dan bukan untuk berteriak tanpa mengikut peraturan.

“MP Pagoh buat ucapan yang antara lain buat tuduhan tertentu, serangan tertentu. Saya bersedia hormat siapa sahaja MP untuk bercakap apa sahaja.

“Saya merasa hairan kenapa Pagoh tidak berani berhadapan dengan saya untuk saya bahaskan perkara yang beliau bangkitkan,” kata Annuar.

Mengulas lanjut mengenai apa yang dibahaskan Muhyiddin, Annuar berkata apa yang disampaikan adalah tidak benar.

Tambahnya, beliau lebih suka jika Muhyiddin mendengar apa yang cuba beliau sampaikan secara berdepan supaya bukti lanjut tentang apa yang beliau lakukan di kabinet dan parti dapat disampaikan.

“Muhyiddin terlepas peluang untuk berdebat di Parlimen untuk membuat pengesahan atas ucapan yang beliau kemukakan, yang mana sebahagian besarnya ucapan yang dibuat selepas dipecat dari parti (UMNO),” katanya.

Muhyiddin Tidak Pernah Bersuara Menegur

Annuar mendedahkan waktu dalam kerajaan dulu,Muhyiddin tidak bersuara semasa isu 1MDB dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

“Jelas bercanggah… beliau kata semasa dalam kerajaan beliau ada menegur…(sebaliknya) saya dalam Majlis Tertinggi (UMNO) bersama dengan beliau…kita ada mesyuarat setiap bulan…kita pernah bangkit hal 1MDB…Perdana Menteri beri taklimat dalam Majlis Tertinggi beliau tidak bersuara seperti beliau bersuara sekarang.

“Bermakna beliau cuba beri gambaran pada Parlimen seolah beliau berjuang berhempas pulas soal 1MDB sedangkan waktu dalam kerajaan beliau membisu seribu bahasa.

“Kemudian beliau guna isu itu untuk serang Perdana Menteri di khalayak ramai yang bertujuan untuk jatuhkan Perdana Menteri bukan beliau berhasrat memperbaiki perkara itu.

“Beliau ambil kesempatan untuk melemahkan Perdana Menteri dan menjatuhkan Perdana Menteri bagi beliau menduduki tempat itu,” kata Annuar. –  pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana