NSOF,pasukan elit barisan pertama negara hadapi pengganas

Sejak dulu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masing-masing mempunyai pasukan gerak gempur elit masing-masing.

Namun dalam menghadapi ancaman pengganas yang kini berlaku diserata dunia…Malaysia akan mempunyai sebuah pasukan elit baru bersepadu yang dianggotai oleh ATM-PDRM-APMM .

Pasukan ini yang dikenali Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF) akan berperanan sebagai satu pasukan tetap untuk bertindak pantas bagi menangani ancaman keganasan.

Penubuhan pasukan itu adalah sebahagian daripada inisiatif keselamatan negara di bawah cabang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di bawah aspek keselamatan.

Penubuhan pasukan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas di Kem Perdana Sungai Besi dekat Kuala Lumpur.

Dalam sidang akhbar selepas majlis itu Perdana Menteri memberitahu pasukan itu kini dalam peringkat latihan terakhir dan akan siap sedia sepenuhnya untuk bertugas tidak lama lagi.

Katanya pada awalnya kekuatan NSOF terdiri daripada 17 pegawai dan 170 anggota.

"Mereka dah berlatih selama 6 bulan dan akan ditempatkan di sini (Kem Perdana Sungai Besi) supaya mereka boleh diatur gerak pada bila-bila masa dalam waktu paling singkat," katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana