Muhyiddin sendiri tawar jadi 'orang tengah' bincang dengan PAS - Zuraidah...Jangan Mimpilah

SHAH ALAM: Selepas usaha pembangkang dalam memujuk PAS untuk menjalin kerjasama menemui kebuntuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mengambil inisiatif untuk meneruskan rundingan isu pembahagian kerusi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin memberitahu, tindakan itu dibuat selepas seruan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang mahu pembangkang menggunakan formula satu lawan satu bagi menghadapi Umno Barisan Nasional (BN).

"Bila (Tan Sri) Muhyiddin datang dan membentuk parti baru dengan tekad bahawa dia hendak pastikan satu lawan satu.

"Mungkin ada sedikit kesulitan dan kepayahan bila berurusan dengan PAS jadi dia mengambil tanggungjawab itu untuk berbincang dengan PAS agar berunding bagi memastikan satu lawan satu," katanya dalam temubual eksklusif dengan Antarapos baru-baru ini.

Semalam Muhyiddin menggesa agar PAS sedia untuk menyerahkan beberapa kerusi tradisi parti itu kepada PPBM untuk ditandingi.

Muhyiddin buat pertama kalinya tampil di atas pentas ceramah PAS memberitahu, PPBM hanya meminta kerusi yang gagal dimenangi PAS pada pilihan raya umum yang lepas dan yakin dapat merampas kerusi berkenaan daripada Umno BN.

Malah beberapa siri perbincangan dengan pemimpin utama PAS sudah dibuat Muhyiddin mengenai usaha ke arah kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya akan datang.

PPBM sebelum ini ada mencadangkan kepada semua parti pembangkang agar bernaung di bawah satu logo yakni Barisan Rakyat untuk tidak mengelirukan rakyat pada PRU14 akan datang.

Cadangan itu disambut baik DAP, PKR dan Amanah. Namun bagaimanapun PAS masih mendiamkan diri mengenai cadangan PPBM itu.

Merujuk kepada cadangan itu, Zuraidah berkata PAS tidak semestinya menyertai Barisan Rakyat namun parti itu harus bersedia untuk mengadakan rundingan dengan semua parti-parti pembangkang agar prinsip satu lawan satu dapat dicapai.

"Bila kita ada polisi, janji dia adalah gabungan kerjasama untuk PRU. Kerjasama dalam bentuk kedudukan maknanya untuk (merealisasikan) satu lawan satu.

"Samada dia nak bersama dengan kita dengan ada satu manifesto, kalau tidak bersama pun tidak mengapa tapi kita cuma hendak pastikan satu lawan satu atas nama Barisan Rakyat," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana