Muhyiddin makin terdesak...Tak Layak Mu Jadi Ketua Negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan terdesak apabila mahu bekerjasama dengan PAS bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tindakan itu jelas menunjukkan Muhyiddin mahu membalas dendam selepas digugurkan timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet, Julai tahun lepas.

“Dulu dia pemimpin UMNO yang totok, kononnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu serta sanggup menentang sesiapa sahaja yang menentang parti.

“Tetapi hari ini dia, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir merupakan pengkhianat besar,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam satu majlis di Muar, Johor sebelum ini mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baharu dalam usaha menewaskan BN pada PRU14 akan datang.

Nazri berkata rakyat kini semakin bijak dan tidak mudah untuk mempercayai dakwaan Muhyiddin bahawa PPBM mendapat sokongan PAS.

“Saya tidak menyalahkan PAS kerana orang yang bercakap lidah bercabang, saya percaya PAS pun tak sokong dia (Muhyiddin), kalau PAS ambil dia pun akan mendatangkan mudarat dan rakyat tidak akan percaya,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan ADUN Jorak, Dr. Shahruddin Salleh meninggalkan UMNO setelah dilantik sebagai setiausaha PPBM, Nazri berkata: “Beliau juga makan dedak dari Muhyiddin”.

Menurut Nazri, Shahruddin juga berada dalam keadaan terdesak kerana bimbang jika tidak dicalonkan dalam PRU14.

“Mereka yang keluar parti dan menyertai parti lain setelah menang bertanding atas tiket BN adalah pengkianat. UMNO sebagai pendekar, kita tidak tikam dari belakang dan gigit tangan orang yang beri kita makan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana