MPs pembangkang tak ‘gentleman’, putar belit – Azeez

Katanya, ia bukan urusan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendengar perbahasan pembangkang kerana beliau mempunyai tanggungjawab besar lebih daripada itu.

“Ini bukan kerja perdana menteri untuk mendengar, pembangkang sendiri pun tak datang Dewan, nak bersyarah baru datang, tengoklah pembangkang datang tak datang, lebih ramai yang tak datang,”.

“ PM  kena jaga kerajaan, kena ingat Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail), dalam bilik perdana menteri ada tv besar, beliau boleh lihat apa pembangkang cakap, tak semestinya datang sini, janganlah keluarkan kenyataan memutar belit fitnah kerajaan,” katanya ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Khamis.

Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang dalam perbahasannya pada Isnin membangkitkan peroalan ketidakhadiran Najib ke Dewan Rakyat bagi mendengar sesi perbahasan Bajet 2017.

Tambah Azeez, pembangkang juga tidak ‘gentleman’ kerana keluar dari Dewan Rakyat sebelum Bajet 2017 habis dibentangkan.

“Cuba kita lihat bila ahli parlimen Gombak (Datuk Seri Azmin Ali) bahas Bajet Selangor, YB Sungai Besar (Budiman Mohd Zohdi) cakap walaupun semua (dengar macam mahu) menangis, hati terhiris tapi atas semangat perjuangan sebagai seorang pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat, mereka tunggu dalam dewan sampai habis.

“Kita (BN) gentle, tak lari tapi bila tiba waktu kita, kita bahaslah apa yang terbuku. Ini pembangkang kerja dia bangkang sahaja, jatuhkan kerajaan walaupun kerajaan buat apa sahaja, rakyat mesti menilai mana kaca permata,” tambahnya.

Beliau dalam masa yang sama turut mengkritik tindakan Ahli Parlimen PPBM Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghentam pentadbiran Najib setelah tidak lagi bersama dengan kerajaan kini.

“Dulu dia jadi Timbalan Perdana Menteri, jadi orang kanan kerajaan, tiba-tiba datang kemari (Dewan) persoal macam-macam,”.

“ Pagoh kena ingat dia kena tahu adat bila jadi menteri ada sumpah dan akur janji, bila tidak ada dalam kerajaan jangan kita soalkan, mungkin dalam Dewan ada imuniti tapi itu boleh disifatkan menghasut rakyat dan mengelirukan rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Muhyiddin ketika membahaskan Bajet 2017 mempersoal isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun dilarang Timbalan Speaker Datuk Seri Ismail Mohamad Said kerana ianya subjudis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana