Mana Boleh Gitu....BERSIH Bermaharajalela.....Tahan juga penganjur Bersih... - Ahli Parlimen BN

Tindakan polis hanya menahan pemimpin Baju Merah yang pro kerajaan sahaja menyebabkan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional mencadangkan tindakn serupa kepada penganjur Bersih.

Menurut Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim penganjur Bersih 5 juga harus ditahan susulan penahanan pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos, jika beliau disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Irmohizam berkata, ini kerana konvoi Bersih lebih ketara mengheret orang ramai untuk berhimpun sambil berdakwah untuk membenci kerajaan.

"Kita akan melihat lebih banyak insiden perpecahan rakyat dan pencabulan keharmonian negara. Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik yang secara zahirnya murni pada mata rakyat (sedangkan) hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara," katanya.

Irmohizam berkata, sekiranya himpunan itu diteruskan, ia berkemungkinan turut mengundang ancaman pengganas seperti Daesh yang mensasarkan tempat tumpuan ramai.

"Jika perhimpunan ini dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, maka kerajaan perlu pertimbangkan juga Akta Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Sementara itu, kira-kira 100 orang berkumpul di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, malam ini, bagi menyokong Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang direman 2 hari.

Himpunan solidariti itu berlangsung dalam keadaan aman dan tiada kekecohan berlaku.

Setiausaha Jamal, Durrany Izam berkata, semua penyokong gerakan Baju Merah itu akan berhimpun semula, Khamis, bagi menyambut pembebasan Jamal.

“Walaupun berada dalam keadaan sedih, kita akan terus memberi sokongan kepada Jamal. Biarpun beliau berada di dalam, kami akan tetap menanti dengan sabar,” katanya

Pada pagi Rabu, Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dan direman dua hari.

Jamal disiasat mengikut empat akta iaitu Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berikutan beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana