Mahkamah Syariah Bukan Bawah Kuasa PAS, Kenapa DAP Meroyan Isu RUU 355

DAP bersama pembangkang yang lain menentang usul Pindaan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie.

Peliknya apabila DAP campur tangan dalam isu ini memandangkan ianya tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam. Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Jadi mengapa DAP menyibuk dalam isu RUU 55? Adakah kerana ianya dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui Rang Undang-Undang Ahli Persendirian? Jika benar maka DAP ini memang ternyata parti yang pendendam. Kemarahan mereka kepada Hadi Awang mungkin mendorong mereka untuk menganggu proses RUU 355 ini.

Kali terakhir RUU 355 dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Mungkin tentangan berterusan dari pihak DAP telah mendorong pindaan akta ini dibahas secara terbuka kepada masyarakat di pelbagai peringkat sebelum ia dibentang dan dibahaskan di parlimen.

Sebelum ini ratusan akta telah dipinda melalui perbahasan dalam Dewan Rakyat tanpa melalui perbahasan awam malah tidak pun disedari oleh masyarakat awam.

Namun tidak dapat kita nafikan bahawa sikap keterlaluan dan melampau sama ada keterlaluan dalam menyokong mahupun melampau dalam menolak telah merosakan keharmonian bermasyarakat dan kemurnian berhujah.

Sikap DAP menyibuk dalam perkara yang bukan urusan mereka ini perlu didedahkan kepada rakyat agar mereka makin faham agenda jahat DAP berjalan selari dengan hasutan mereka yang cenderung memesongkan anak muda yang mudah terpedaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana