Lompat si katak lompat... Pembangkang saling curi ahli parti

Wujud keluhan dikalangan pemimpin pembangkang mengenai trend terkini ahli-ahli mereka lompat sana sini.

Dari parti A ke Parti B dan ada yang lompat balik ke parti A. Macam keluarga 69. Bikin pening bos-bos hendak buat keputusan.

Menurut Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Datuk Seri Lajim Ukin kesal dengan aktiviti ‘mencuri’ ahli parti dalam kalangan sesama parti pembangkang tempatan di Sabah.

Lajim berkata sikap mencuri seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana parti-parti berkenaan adalah sama-sama parti pembangkang tempatan Sabah.

“Tapi maklumlah, masing-masing (parti-parti pembangkang baharu) sekarang mencari orang (ahli). Kita pun kesal sedikit kerana kita ini sama-sama pembangkang tetapi ada juga yang mencuri ahli kita.

“Ini satu sikap yang saya rasa tidak perlu dilakukan oleh mana-mana parti,” katanya.

Parti Harapan Rakyat diluluskan pendafatrannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Okt lalu.

Menurut Lajim, partinya itu tidak akan ‘mencuri’ ahli-ahli dari parti pembangkang tempatan namun berazam untuk mengajak ahli-ahli parti dari Semenanjung yang ada di Sabah untuk menyertai  parti berkenaan.

Lajim berkata parti berkenaan juga sedia bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang tempatan di Sabah selagi mereka sanggup menerima perjuangan partinya untuk menuntut pelbagai hak rakyat Sabah.

Ditanya mengapa perlu ada parti Harapan Sabah sedangkan matlamat perjuangannya lebih kurang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan), Lajim berkata “kita mempunyai strategi tersendiri. Tak perlulah saya ‘highlight’ strategi itu”.

Dengan kelulusan parti Harapan Rakyat, Sabah kini mempunyai dua buah parti  pembangkang baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Sementara itu, parti Datuk Seri Shafie Afdal, Parti Warisan Sabah (WARISAN) mendakwa telah berjaya menarik kira-kira 7,000 permohonan keahlian dari negeri berkenaan.  

Setiausaha agung parti, Loretto Padua Jr berkata angka itu adalah permohonan keahlian dalam talian.

"Kami sedang dalam proses meluluskan permohonan ini.

"Kami terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Sabah ke arah Parti Warisan Sabah dan bersyukur kerana semuanya positif," katanya.

Loretto menambah borang keahlian bercetak akan diedarkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya WARISAN masih belum meluluskan sebarang jawatankuasa protem peringkat bahagian, kerana pemimpinnya masih membuat persediaan untuk siri jelajah parti di seluruh negeri bagi memperkenalkan matlamat dan perjuangan mereka.

"Walaupun sedar dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong kami, kami perlu meneruskannya mengikut prosedur yang diperlukan oleh perlembagaan parti," katanya.

WARISAN, katanya, telah menarik ramai rakyat Sabah kerana parti itu terdiri daripada campuran ahli politik berpengalaman dan baharu.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pertukaran nama dan logo parti pada 17 Oktober lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana