Lebih 300,000 Penyokong MERAH V2 Bakal Lawan BERSIH 5

SHAH ALAM 27 Okt - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Dato Sri Jamal Md Yunos mengesahkan lebih 300,000 penyokong Gerakan MERAH V2 dari segenap NGO bakal turun pada 19 November ini bagi menentang BERSIH 5.

Beliau berkata, ianya adalah sebagai amaran kepada kumpulan BERSIH 5 yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan taktik jahat dan tidak demokratik.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan dari semua NGO.

"Kita sudah ada senarai nama penyokong seramai 300,000 orang untuk menyatakan sokongan menentang BERSIH 5," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan Majlis Bersama Ayahanda-Ayahanda Satu Malaysia di sini malam tadi.

Jamal turut mengesahkan telah mendapatkan permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan pada 19 November ini di ibu negara.

"Kami telah meminta permohonan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan permit pada 19 November ini.

"Kami akan teruskan perjuangan ini walaupun bermandikan darah," tegasnya.

Gerakan MERAH V2 dijadual bakal mengadakan perhimpunan menentang BERSIH 5 pada tarikh yang sama 19 November ini di ibu negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana