KUAT tarik artis sokong perjuangan UMNO...UMNO lah Yang Terbaik

Bagi menzahirkan sokongan kepada parti yang sudah banyak berjasa, 13 artis semalam bersatu menubuhkan kelab menyokong UMNO.

Presiden Kelab UMNO Artis Tanahair (Kuat) Datuk A Rahman Hassan berkata, antara aktiviti yang dirancang ialah menarik lebih ramai artis menyertai kelab itu.

“Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan untuk mencari salah mana-mana pihak sebaliknya lebih tertumpu untuk membalas budi.

“UMNO banyak berjasa kepada negara daripada kami lahir sehingga sekarang,” katanya.

Selain Rahman, Datuk Yusof Haslam juga menyertai Kuat sebagai timbalan presiden, Azlee Senario sebagai setiausaha agung dan Datuk Ziela Jalil sebagai bendahari.

Bertindak sebagai ahli jawatankuasa ialah Nash, Datuk Jamal Abdillah, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Khir Rahman, Rahim Jailani, Dira Abu Zahar dan Liza Abdullah.

Rahman berkata, Kuat akan bekerjasama dengan kelab UMNO lain dalam usaha memberi penerangan di kalangan artis berhubung jasa parti Melayu ini.

“Kita akan menjalankan beberapa aktiviti kebajikan dan program jelajah dengan beberapa pihak bagi memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya para artis.

“Diharap aktiviti yang akan dianjurkan itu, sedikit sebanyak membantu parti dalam usaha mengembalikan kepercayaan kepada parti UMNO,” beliau dilaporkan berkata.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL