KPN arah polis siasat pemilik akaun palsu Jamal

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa milik Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dengan entri berunsur menghasut yang mengaitkan tragedi 13 Mei dan ‘parang terbang’ pada 29 September lalu.

Menerusi akaun Twiternya, Khalid berkata tindakan tegas bakal dikenakan terhadap pemilik akaun tersebut dengan pihaknya akan memulakan siasatan dengan segera.

“Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. @PDRMsia akan ambil tindakan tegas dengan segera,” katanya menerusi Twiter.

Di dalam entri tersebut Jamal disebut sebagai berkata beliau berjanji tragedi 13 Mei berulang dan ‘Parang Terbang’ akan terjadi jika BERSIH 5 pada tarikh dan tempat yang sama pada perhimpunan BERSIH yang dijadual pada November ini.

BNBBC.my portal kemudian mendapatkan reaksi Jamal berhubung perkara itu.

“Yang IGP maksudkan itu adalah daripada akaun palsu FB saya. Saya tidak ada akaun twiter IGP ambil daripada akaun FB saya dan tweet dalam akaun dia,” kata Jamal.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kejadian peserta Baju Merah yang menyerang seorang peserta Baju Kuning, Jamal berkata perkara itu kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kejadian itu melibatkan empat individu yang ditahan oleh PDRM. Pada pukul 1.00 malam semalam tiga telah dibebaskan dan satu lagi akan diikat jamin.

“Manakala dua orang lagi saya dimaklumkan polis sedang mencari. Saya beri kerjasama dengan dengan baik kepada pihak PDRM dengan meminta budak yang saya kenali untuk tampil kepada PDRM untuk beri keterangan,” katanya.

Tambahnya, setakat ini pihaknya telah melantik peguam bagi tindakan lanjut terhadap sebarang pertuduhan kepada peserta Baju Merah oleh pihak berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana