Konvoi BERSIH di Pulau Pinang hambar...Melayu Melayu Kenapa Lah Jadi Begini

BUKIT MERTAJAM: Konvoi Bersih 5 yang berlangsung di negeri ini hari ini terpaksa ditamatkan awal oleh penganjurnya berikutan tidak mendapat sambutan orang ramai.

Kumpulan konvoi yang bermula di Machang Bubuk, Bukit Mertajam, hanya disertai 30 peserta dan program mereka di pasar awam Taman Selamat dilihat agak hambar.

Jelajah itu dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing bermula di Bukit Mertajam dan Nibong Tebal pada jam 8 pagi tadi, dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari di Batu Kawan.

Difahamkan, kedua-dua kumpulan sebelum itu merancang untuk berhimpun di Padang Kota, Georgetown, petang ini, namun terpaksa mengakhiri jelajah setakat di Batu Kawan sahaja.

Semalam, Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, menasihatkan penganjur konvoi himpunan itu tidak berkumpul di Padang Kota atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Terdahulu, konvoi tersebut dilancarkan pada 1 Oktober lalu di seluruh negara.

Ia meliputi enam kawasan iaitu Kangar, Johor Bahru, Kota Bahru, Lumut, Sandakan dan Miri, di mana dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan dan kampung.

Konvoi tersebut akan bergerak menuju ke Kuala Lumpur dan akan mengambil masa selama tujuh minggu sebelum berakhir dengan himpunan kemuncak Bersih 5 pada 19 November ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana