Komuniti Cina di Selangor tertekan dengan kerajaan negeri

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai  mendedahkan komuniti Cina di Selangor ketika ini tertekan dengan kepimpinan kerajaan negeri itu yang selama ini didapati tidak membuat apa-apa perubahan dalam pembangunan.

Menurutnya kerajaan negeri tersebut berdepan dengan pelbagai masalah dan terkini adalah isu air yang berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, kerajaan negeri juga didakwa tidak berjaya menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi milik selain taraf hidup rakyat semakin meningkat.

“Saya yakin komuniti Cina di Selangor tertekan dengan kepimpinan kerajaan negeri sekarang kerana tidak membuat sebarang perubahan. Sehubungan itu, komuniti Cina perlu segera berhenti menyokong pemerintahan kerajaan negeri terutamanya terhadap DAP,” katanya.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

Sebelum ini Tiong Lai mendakwa DAP hanya mementingkan kuasa dan agenda parti sendiri daripada memperjuang kebajikan masyarakat kaum Cina di negara ini.

Jelasnya walaupun DAP mempunyai ahli Parlimen yang lebih ramai berbanding MCA, namun tiada sebarang perkembangan positif yang dilakukan mereka untuk komuniti tersebut.

“Mereka ada 38 ahli Parlimen tetapi apa yang mereka lakukan sehingga kini? Apa kemajuan yang dibawa kepada kaum Cina? Kita tak nampak melainkan ia hanya untuk kepentingan mereka.

“Ketika ini juga, DAP kata hubungan mereka dengan PAS sudah putus tetapi berlaku sebaliknya di Selangor. Mereka membentuk kerajaan bersama. Apa semua ini? Adakah ini suatu yang jujur?” katanya.

Liow berkata, sehubungan itu, komuniti Cina perlu menolak DAP dan kembali menyokong MCA.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut berkata, kaum Cina perlu mendokong perjuangan MCA supaya segala kepentingan dan hak dapat disuarakan secara terus kepada kerajaan yang memerintah.

Beliau berkata dengan dengan cara itu, setiap masalah yang dihadapi komuniti Cina dapat diselesaikan secara baik selain mengikut saluran yang betul.

“Kaum Cina perlukan institusi kerajaan untuk selesaikan segala masalah dan perbezaan.

“Jadi sebagai sebuah parti bersama yang memerintah, kita mahu kaum Cina mendokong MCA bagi memudahkan perkara itu dilaksanakan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana