Kerusi pun tak ada, macam mana nak tadbir Kelantan?, soal PAS kepada Amanah

SHAH ALAM: PAS menyifatkan Amanah seperti 'bermimpi di siang hari' kerana bercita-cita tinggi mahu mengambil alih pentadbiran kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, Amanah perlu mengukur baju dibadan sendiri, apatah lagi parti itu sedang mengemis dalam mendapatkan tempat untuk bertanding.

"Itu mimpi di siang hari. Orang-orang PAN (Amanah) ini suka bercakap besar, namun realiti keahliannya entah beribu orang sahaja tapi semangat dia besar. Angan-angan besar sangat.

"PAN (Amanah) akan hilang relevennya sebab kehadiran Parti Bersatu (PPBM). Mereka sangat bimbang mereka hilang terus daripada persada politik. Maka tidak pelik kita lihat Mat Sabu seperti orang yang mengemis kerusi pada hari ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu merujuk kenyataan terbaru Mohamad Sabu atau Mat Sabu bahawa parti itu terus menyatakan keyakinan dapat mengambil alih kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Yakob.

Bersandarkan kepada itu, Mat Sabu berkata perkara itu boleh tercapai dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotainya bersama DAP dan PKR.

Malah beliau menyifatkan PAS seperti kera sumbang apabila nekad untuk bersendirian dalam arena politik dan membentuk blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan BERJASA Parti Koperasi (BERJASA).

Ditanya mengenai langkah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta kerusi milik PAS untuk ditandingi pada PRU14 akan datang, jelas Khairuddin perbincangan ke arah itu masih dijalankan dan segalanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

"Itu bergantung kepada rundingan akan datang yang akan diputuskan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat. Kita belum ada sebarang kerjasama politik dengan Bersatu (PPBM)," katanya.

Semalam Muhyiddin meminta PAS menyerahkan beberapa kerusi tradisi yang gagal dimenangi parti itu kepada partinya pada PRU14 akan datang.

Mengulas cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik, menurut Khairuddin PAS masih menelitinya dan sedang melakukan beberapa kajian.

"Akta itu saya sedang kaji dulu tidak mahu beri respon lagi sebab ada beberapa pandangan yang baik dan perlukan perincian.

"Kami sedang kaji sebab kita sendiri sudah ada pandangan tersendiri dan draf yang kita buat mengenai isu ini sebelum ini.

"Kita sudah buat draf dan pandang kita sendiri sebelum ini. Kami nak bandingkan dengan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut," jelasnya.

Terdahulu Pengerusi JKNMPP Datuk Paul Low Seng Kuan, mencadangkan satu akta baru, Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik digubal bagi menangani isu berkaitan politik wang yang telah lama wujud.

Draf akta itu rata-ratanya merangkumi 32 cadangan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu proses pelaksanaan, keperluan undang-undang baru dan jangkaan pelbagai isu berbangkit dalam jangka panjang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana