Kenaikan BR1M Dialu-Alukan...Syabas Kerajaan Barisan Nasional

PETALING JAYA: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengalu-alukan kenaikan kadar bantuan sehingga RM200 tahun depan.

Pegawai pemasaran Tina Tan, 53, berkata, tambahan wang BR1M dapat membantunya menjelaskan pembayaran tahunan seperti cukai dan sebagainya.

"Ia membantu kehidupan seharian ibu saya yang berusia 68 tahun kerana bantuan diserahkan secara berperingkat," katanya.

Sesetengah penerima bagaimanapun lebih suka jika bayaran BR1M yang kini dibuat secara berperingkat sebanyak empat kali dikurangkan, bagi mendapatkan jumlah wang yang lebih banyak.

Suri rumah, Jennifer Lim, 55, berkata meningkatkan bantuan BR1M kepada RM1,200 adalah sesuatu yang baik.

"Bagaimanapun, kebimbangan saya bukanlah terhadap jumlah wang, tetapi berapa kali ia dibayar.

"Tahun ini saya telah diberi bantuan kewangan dengan empat kali bayaran secara berperingkat, bermakna saya hanya mendapat RM250 untuk setiap kali bayaran.

"Saya fikir lebih baik jika kami diberi wang dengan tiga kali bayaran. Ini bermakna kami akan mendapat lebih banyak wang pada satu masa.

"Ini amat membantu apabila kami perlu berbelanja lebih semasa musim tertentu seperti Tahun Baru Cina," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program BR1M telah diterima dengan baik dan mendapat maklum balas positif daripada penerima sejak diperkenalkan pada 2012.

"Dalam satu majlis yang saya pergi, seorang penerima BR1M mendekati saya, menggenggam erat tangan saya dan berkata: Saya tak peduli apa yang orang kata tentang kerajaan, perkara paling penting ialah BR1M telah membantu keluarga saya.'

"Oleh itu, BR1M bukan 'dedak' atau 'umpan' . Ia adalah bantuan ikhlas daripada kerajaan, kerana kita sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan rakyat.

"Oleh itu, kita tingkatkan lagi bantuan," kata Najib.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment