Kejap Kata Bagi Muka Kat Cina, Kejap Rasis Pulak, Gila Ke?

SEBAIK Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin kemenangan BN dalam PRU2013, antara komen pertama Mahathir waktu itu ialah Najib menyisihkan orang Melayu kerana terlalu mengejar undi cina sekalipun kaum itu tidak memberikan undi kepada BN.

Ya, ia memang berlaku 3 tahun dulu tapi kenyataan itu sering diulang-ulang Mahathir selepas itu terutama selepas tanpa bersembunyi dia menunjukkan penentangannya terhadap kepimpinan Najib.

Bila Mahathir pulak buat parti baru Pribumi, dia menyisihkan orang cina dengan mensyaratkan hanya orang Melayu dan Bumiputera saja yang layak menyertai sementara orang bukan Melayu dan Bumiputera sekadar jadi ahli bersekutu – ahli kelas kedua lah tu, kalau sama kelas, kenapa mesti ada bersekutu dengan tak bersekutu?

Sekarang, Mahathir kata Najib rasis!!

Apa benda ni?  Kejap kata Najib sisih Melayu untuk kejar undi cina, kemudian dia jadikan cina ahli kelas kedua dalam partinya sendiri dan lepas tu Najib pulak yang rasis?

Memanglah akhir-akhir ni logik yang biasa orang guna dah tak terpakai kepada Mahathir dan pentaksubnya tapi takkanlah teruk sangat?  Najib rasis macam mana pulak bila antara perkara pertama yang Najib buat sebaik jadi Perdana Menteri ialah dengan memperkenalkan slogan 1Malaysia yang bermaksud nak menyatukan semua rakyat di negara ni tanpa kira bangsa dan agama.

Parah betul lah pemimpin parti takde jentera ni.

Justeru rakyat janganlah terpedaya, ini hanya cara Mahathir mempelbagaikan serangannya terhadap Najib selepas semua isu berkaitan 1MDB dan dan RM 2.6 billion gagal menyingkirkan Najib dari kerusi Perdana Menteri.

Sebaliknya, orang suruhan Mahathir dan anak dia pulak yang terpelanting dari jawatan masing-masing.  Itu yang ger
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment