Kau Tu Yang Bebal!!!!! Tun M akui YDP Agong tak setuju Deklarasi Rakyat...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah tidak bersetuju dengan cadangan Deklarasi Rakyat yang dipersembahkan kepada baginda dalam pertemuannya pada 16 September lalu.

Dalam pertemuan lebih sejam itu bagaimanapun menurut Tun Mahathir, Tuanku Abdul Halim bersetuju apa yang dilakukan oleh beliau adalah tidak melanggari Perlembangan Persekutuan.

“Saya tak boleh jelaskan satu persatu apa yang disebut Tuanku, tetapi apa yang kita mahu tidak boleh dilaksanakan.

“Hasil pertemuan dengan Tuanku tidak membawa keputusan positif.

“Saya tak bawalah 1.2 juta tandatangan tersebut, hanya bawa sampel (deklarasi) dan gambar semua deklarasi yang diterima. Kita tak boleh nak tunjukkan semua termasuk yang di dalam talian,” kata Tun Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Khamis.

Lantaran itu, Tun Mahathir berkata pihaknya akan menggunakan Majlis Raja-Raja pula bagi meneruskan usaha menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita telah hantar surat kepada semua Majlis Raja-Raja seluruh negeri, kerana difahamkan mereka akan adakan mesyuarat pada 11 Oktober ini dan berharap mereka mahu melayan surat kita.

Kita akan tunggu apa reaksi mereka sehingga mereka buat keputusan, kemudian baru kita fikir apa yang perlu kita buat untuk teruskan usaha untuk singkirkan kerajaan Najib,” katanya.

Pertemuan Tun Mahathir dan Tuanku Abdul Halim diadakan di Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah pada September lalu ditemani bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana