Jamal kesal ditahan dalam pesawat... disaksikan ahli keluarga

Penasihat undang-undang kumpulan Baju Merah ,Mohd Imran Tamrin kata pemimpin mereka ,Datuk Seri Jamal Md Yunos dikenakan tahanan reman dua hari.

Sementara itu ketika berita awal mengenai penahanan beliau ditulis... ramai yang tertanya-tanya apa sebab Jamal ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.

Apakah kerana ada kaitan dengan propaganda pembangkang yang menggunakan FB palsu mendakwa Jamal mahu mencetuskan semula 13 Mei?

Atau kaitan dengan laporan polis pemimpin Bersih Maria Chin Abdullah yang untuk rekod relaks ke sana ke mari walaupun merupakan penganjur perhimpunan haram.

Jamal tiba dari Dubai kira-kira jam 8.30 pagi sebelum ditahan pihak berkuasa.

Jamal ketika dihubungi berkata anggota polis telah bersiap sedia di KLIA 'menjemput'nya di pesawat.

"Saya 'dijemput' dari dalam kapal terbang.

"Penahanan ini dilakukan di lapangan terbang, saya bukan nak melarikan diri. Selepas hantar keluarga balik saya boleh datang ke balai polis," katanya.

Bagaimanapun, jelasnya  beliau akur dengan tindakan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Jamal berkata, sebelum ini beliau telah memaklumkan bahawa beliau sendiri akan berhubung dengan pihak polis sebaik pulang ke Malaysia.

"Mereka (polis) tak ada hubungi saya tapi saya ada maklumkan akan datang ke balai.

"Saya kesal kerana ditangkap di depan keluarga, anak-anak dan orang rumah saya. Setabah mana pun keluarga kita, mereka pasti akan tersentuh perasaan," katanya yang berada di London selama seminggu atas urusan perniagaan.

Jamal berkata beliau masih belum pasti punca penahanannya.

Dari rakaman video yang dilihat Agendadaily lebih lebih tujuh orang polis tanpa uniform terlibat dengan penahanan tersebut.

"Saya tidak pasti mengapa saya ditahan tetapi saya fikir ia adalah kaitan dengan kumpulan Baju Merah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata penahanan Jamal  mempunyai kaitan dengan insiden yang melibatkan sebuah kumpulan anti-Bersih di Teluk Intan dan Sabak Bernam.

Beliau mengesahkan bahawa Jamal telah ditahan oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan di Teluk Intan dan Sabak Bernam yang melibatkan penyokong anti-Bersih.

"Kedua-dua kejadian berlaku semasa konvoi Bersih itu," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana