Idealogi PKR tidak sesuai di Sabah dan Sarawak

Tindakan keluar parti khasnya wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak adalah satu keputusan yang betul, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri James Masing.

Beliau yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata PKR ditubuhkan untuk membalas tindakan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad atau Umno memecat Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tambahnya PKR tidak mempunyai ideologi yang benar-benar memberi sebarang faedah langsung kepada Sarawak dan Sabah.

“Saya tidak terkejut dengan tindakan YB PKR (Sabah) untuk keluar parti. Apa yang mengejutkan ialah kenapa mereka mengambil masa lama untuk sedar, ideologi PKR sebenarnya tidak relevan kepada Sarawak dan Sabah.

“PKR ditubuh untuk membalas dendam terhadap Mahathir atau Umno yang telah memecat Anwar. Mereka tidak mempunyai ideologi yang memberi faedah secara langsung kepada kedua-dua negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa pemimpin tertinggi PKR dan DAP (Parti Tindakan Demokratik) Sabah secara rasmi mengumumkan mereka keluar parti masing-masing.

Mereka termasuk Pengerusi PKR Sabah Lajim Ukim, Setiausaha Agung Maijol Mahap, Ketua Penerangan Terrence Siambun dan Ketua Pergerakan Wanita Johair Matlani.

Manakala barisan pemimpin DAP pula ialah Timbalan Pengerusinya Joan Goh, Setiausaha Junz Wong, Bendahari David William dan Naib Pengerusi George Hiew.

Mereka mengumumkan pengunduran itu bagi membolehkan sokongan diberikan kepada parti tempatan.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata lebih cepat pemimpin PKR di Sabah dan Sarawak keluar parti lebih bagus kerana ia akan mewujudkan satu pasukan kuat dalam menun-tut hak kedua-dua negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Lebih cepat YB PKR di Sabah dan Sarawak keluar parti, lebih cepat kita bersama-sama menuntut hak kita seperti termaktub dalam MA63, yang lebih bermanfaat kepada kedua-dua negeri ini,” katanya.

Pada masa sama Masing berkata adalah langkah terbaik untuk ketiga-tiga YB PKR di Sarawak iaitu Baru Bian (Ba’Kelalan), See Chee How (Batu Lintang) dan Ali Biju (Krian) mengikut jejak pemimpin PKR Sabah.

Ujarnya tiada guna untuk mereka terus kekal bersama PKR memandangkan parti dari Semenanjung Malaysia itu ditubuhkan dengan agenda utamanya iaitu mahu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana