Haji Hadi Akan Sokong Yang Betul, Yang Salah Dia Akan Bangkang

Lihatlah bagaimana ulamak seperti Haji Hadi kalau dia berdakwah dia akan ikut cara yang berhemah untuk menyampaikan mesej sebagai tanda sokongan kepada sesuatu dasar yang dilaksanakan kerajaan. Walaupun dia turut memberi komen dan bangkangan beberapa perkara mengenai perlaksanaan GST di Malaysia.

Dengan tanda sokongan dan kenyataan positif Haji Hadi mengenai GST di Dewan Rakyat pada 18 Okt 2016, kenyataan tersebut mungkin mampu mengubah perspektif serta pandangan negatif rakyat ke atas sistem cukai negara. Mungkin kenyataan Haji Hadi di Dewan Rakyat disokong dengan beberapa kajian dan tinjauan yang telah dilakukannya sendiri.

Mungkin juga Haji Hadi telah diperjelaskan oleh agenasi dan individu yang yang mempunyai maklumat yang tepat mengenai GST. Mana mungkin Haji Hadi boleh membuat kenyataan sedemikian tanpa mendapat penjelasan dan maklumat secara terperinci mengenai kebaikan dan perlaksanaan GST yang dilaksanakan kerajaan selama hampir 2 tahun itu.

Ataupun, Haji Hadi telah melihat dan merasai sendiri impak dan keberkesanan cukai tersebut kepada pembangunan ekonomi negara dalam situasi ekonomi dunia yang lembap dan tidak bermaya pada masa ini.

Sebagai seorang ulamak yang menyambung dan pewaris dakwah anbia', Haji Hadi akan mengikut cara dakwah nabi dan Haji Hadi bercakap bukan kerana atas dasar mahu mempromosikan partinya atau mahu mendapatkan kuasa. Haji Hadi menjelaskan sesuatu isu itu atas sokongan beberapa fakta yang jelas.

Sebab itu ulamak dianggap pewaris nabi. Manakala nabi tidak pula mewariskan parti politik kepada umatnya. Namun hanya iman dan taqwanya sahaja yang dapat menentukan hala tuju parti yang dipimpinnya dan juga menjaga akhlak ahli dan pengikut PAS itu sendiri.

Teruskan perjuangan mu wahai Haji Hadi !! Dakwah kamu adalah untuk membetulkan aqidah dan melawan kezaliman ke atas sesiapa sahaja yang melanggar syariat Allah di muka bumi ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana