Firma Guaman Yang Sokong BERSIH Wajib Di Senaraikan HITAM JUGAK

PIHAK berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai hubung kait dengan perhimpunan haram BERSIH yang didokong oleh pembangkang ataupun pakatan harapan yang bertujuan untuk mengulingkan kerajaan atau dengan lebih tepat melakukan pemberontakan.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancangan Ekonomi Datuk Abdul Rahman Dahlan membayangkan tindakan menyenarai hitamkan firma guaman yang ‘mesra’ dengan pertubuhan BERSIH.

Rakyat Malaysia mendesak agar langkah penyenaraian hitam firma guaman yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan perhimpunan haram BERSIH dilaksanakan segera.

Selama ini, ramai peguam yang pro pembangkang semakin kurang ajar dan biadap dalam menyuarakan sokongan mereka terhadap pakatan harapan. Di samping itu juga mereka turut dilihat sering cuba mencabar perlembagaan negara yang mempertahankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Menteri di jabatan perdana menteri itu akan membincangkan tindakan yang sesuai ke atas firma guaman yang terbabit jika didapati mereka mendapat kontrak melalui syarikat milik kerajaan (GLC). Mereka tidak sepatutnya berada dalam panel guaman syarikat-syarikat GLC.

Pemilik atau rakan kongsi firma guaman itu juga merupakan ahli Majlis Peguam yang sejak sekian lama tidak pernah berubah pendiriannya dalam menentang kerajaan selain menyokong demonstrasi BERSIH.

Sebelum ini,  Rahman Dahlan telah bersetuju terhadap saranan supaya syarikat yang membantu BERSIH disenarai hitam. Masa untuk kerajaan berlembut dengan gerakan yang mehu mengulingkan kerajaan dengan berselindung disebalik perjuangan pendesak reformasi pilihan raya itu sudah berakhir.

Rahman Dahlan akan meminta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

Nampaknya, firma guaman yang angkuh menyokong perhimpunan BERSIH selama ini mula gelisah memandangkan mereka tidak menduga bahawa pihak kerajaan akan mula bertindak tegas terhadap firma mereka. Kini rakyat mempersoalkan pula mengapa selama ini, pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan tegas tersebut.  Semoga ini menjadi pengajaran yang berguna kepada Majlis Peguam yang angkuh dan sombong.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment