EZAM NOR : HILANG HABIS KOTAK RAHSIA, KINI JADI ‘BONEKA’ MAHATHIR

DAHULU, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor terkenal lantang mengutuk Tun Mahathir Mohamad namun kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diterajui bekas Perdana Menteri itu.

Bekas senator itu menjelaskan bahawa konon telah mengadakan pertemuan dengan Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan penyertaannya ke dalam parti pembangkang tersebut.

“Saya bertemu Mahathir pada Selasa sebelum menyerahkan borang keahlian sebagai ahli parti baharu kepada Muhyiddin pada pagi semalam (Rabu),” kata bekas pemimpin PKR itu kepada stesen Astro AWANI.

Mohamad Ezam, 49, sebelum ini diketahui amat lantang menentang pentadbiran keras Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat zalim sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau yang merupakan ‘orang kanan’ kepercayaan Anwar itu pernah bertindak meninggalkan PKR dan kemudian menyertai UMNO pada 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang pihak pakatan pembangkang.

Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar daripada UMNO dengan alasan konon parti terbesar umat Melayu Islam di dunia itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang gejala rasuah di negara ini.

Tegas Mohamad Ezan, keputusan pelik berkenaan terpaksa dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangan dirinya sekali gus melakukan reformasi atau perubahan politik di negara rantau Asia tenggara tersebut.

Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin berasal dari Pulau Pinang itu berada dalam kerajaan BN setelah dibawa masuk oleh Mahathir awal 1980-an sebelum dipecat kerana kes liwat.

Ekoran penyingkiran Anwar, Mohamad Ezam sanggup menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005 yang dengan lantang melabel Mahathir sebagai maha firaun rejim diktator.

Beliau yang selalu dikenang dengan kisah memiliki berkotak-kotak berisi rahsia besar kerajaan kemudian membuat kejutan apabila menyertai UMNO sebagai ahli seumur hidup ketika parti itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, kira-kira setahun kemudian, Mohamad Ezam menafikan pernah memiliki sejumah kotak rahsia berkenaan di sebalik ramai ahli UMNO sendiri yang amat meragui kesetiaan beliau terhadap kepimpinan parti itu.

Anak jati Klang, Selangor itu dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada 2010 selain menjadi Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014 di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamad Ezam yang terkenal sering berucap ala gaya Anwar setelah keluar UMNO pernah disebut-sebut menyertai semula PKR tetapi perkara itu dinafikan keras oleh parti pembangkang berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana