Ekonomi semakin baik... syarikat kontena mula untung

Ini salah satu petanda paling mudah hendak tengok ekonomi sesebuah negara itu okay ke teruk... tengok syarikat pengangkutannya, tengok statistik barang keluar masuk di pelabuhan.

Dalam kes Malaysia, syarikat Kontena Nasional Bhd diyakini akan kembali mencatatkan keuntungan seawal tahun depan, sekali gus bakal menghentikan kerugian yang dialami oleh syarikat logistik itu secara berterusan dalam tempoh lebih lima tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd. (MMC), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, menerusi penstrukturan semula perniagaan yang dilaksanakan oleh MMC telah menyaksikan prestasi kewangan Kontena Nasional semakin baik dan tidak lagi merekodkan kerugian yang besar.

Malah katanya setelah lebih enam bulan mengambil alih Kontena Nasional, kerugian syarikat itu kini semakin berjaya diseimbangkan dan beliau tidak menolak kemungkinan syarikat logistik itu mampu mencatatkan keuntungan pada tahun depan.

Tambahnya, antara pembaharuan perniagaan yang dibuat ialah menjadikan Kontena Nasional sebagai syarikat logistik yang lebih menyeluruh dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan, pergudangan dan pengurusan logistik.

“Walaupun sebelum ini menghadapi masalah dari segi pengurusan dan sebagainya, kita merasakan Kontena Nasional masih mempunyai peluang yang besar untuk menjadi syarikat penyelesaian logistik terbaik.

“Syarikat ini telah mempunyai jenama yang sudah terkenal dan memiliki anggota kerja yang berkebolehan. MMC mahu mengembalikan semula kegemilangan Kontena Nasional,” katanya.

Lewat tahun lalu, MMC membelanjakan lebih RM1 bilion untuk membeli NCB Holdings Bhd. (NCB) daripada Permodalan Nasional Bhd. (PNB). Dengan menguasai NCB, MMC secara tidak langsung merupakan pemilik syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Northport dan Kontena Nasional.

Mengikut prestasi kewangan Kontena Nasional yang dilaporkan, syarikat itu mengalami kerugian bersih RM5.2 juta pada 2010 dan terus merosot kepada kerugian bersih sebanyak RM55.6 juta pada 2014, sewaktu NCB masih di bawah PNB.

Jelas Che Khalib lagi, MMC menyifatkan pemilikan Kontena Nasional serta Northport adalah berbaloi terutamanya bagi menjadikan MMC sebagai syarikat pelabuhan dan logistik utama di negara ini dan peringkat serantau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana